Monday, May 18, 2009

DUIT, DUIT PAS PUN JADI TAK KERUAN KERANANYA

Heboh juga dalam serban orang-orang PAS. Setelah kemas melilit kepala, serbannya tertanggal juga suatu hari. Setelah diletakkan di atas meja, turun ke dapur mencari nasi yang sedia terhidang, akhirnya terjumpa beberapa helai kertas berharga terselit di celah-celahnya. Siapa yang memberi belum lagi dipastikan. Yang pasti duit itu ada, ada yang menerimanya.

Maka kecohlah sekian yang ada. Puak yang satu lagi kata, tidak ada penggunaan wang untuk mendapatkan undi dalam pemilihan bulan Jun nanti. Tapi, yang sedapnya Tok Guru seperti biasa menggunakan kaedah pemikiran jalan ketiga, iaitu "jika orang beri ambil, tapi jangan undi orang itu."

Tok Guru pandai bersilat. Dia tidak kata ya atau tidak adanya politik wang dalam PAS. Dia hanya suruh ambil dan suruh tidak mengundi yang menggunakan politik wang bagi mencapai tujuannya. Seperti juga Tok Guru membuat saranan, dalam mana-mana pilihan raya sekalipun dia meminta para pengundi melakukan perkara yang serupa. Tapi, lain pula ceritanya. Duad Iraqi sanggup menghadapi tindakan disiplin kerana sungguh-sungguh mahu mendedahkan amalan politik wang dalam PAS.

PAS yang terkenal dengan imej Islam turut melaksanakan politik wang. Maknanya PAS tidak lagi dapat menyembunyikan dirinya lagi. PAS mengamalkan rasuah untuk "membeli undi" kerana PAS sudah dilanda gejala tamak. Sesetengah pemimpin PAS yang kaya sama ada secara kaya semula jadi hasil warisan keluarga, usaha sendiri atau pulas lembu-lembu tertentu untuk dapatkan habuan, menggunakan duit untuk mencapai tujuan.

Itulah apabila melibatkan diri dalam sebarang pilihan raya, jentera PAS nampak lebih mewah dariapad puak-puak sekular yang lain. Pemimpinnya pakai baju lebih mahal, tapi ada ketikanya buat-buat bodoh sahaja, termasuk sanggup mengorbankan keseimbangan ekologi di Stong untuk membuka ladang kelapa sawit.

Apa tujuannya, tentunya telahan setengah orang ada hubung kait dengan usaha untuk mendapatkan hasil oleh puak-puak tertentu bagi membiayai sesuatu program politiknya. Kita dapat lihat banyak sekali tanah tinggi dibuka dan diteroka sekitar Lojing. Kenapa? Benarlah untuk memberikan peluang pekerjaan dan menjanakan pendapatan, tetapi siapa yang menerokainya? Siapa yang bekerja? Berapa ramai anak buah dia? Berapa ramai rakyat tempatan?

No comments:

Post a Comment