Monday, May 18, 2009

BN TIDAK TANDING, PKR KEBINGUNGAN

BN membuat keputusan tidak bertanding bagi PRK DUN Penanti yang bakal diadakan hujung bulan ini. Strategi PKR yang cuba mengheretkan BN tidak mengena kali ini. BN dapat membaca strategi PKR yang cuba nak menenggelamkan masalah dalamannya dengan cara mual dan meloyakan.

Apa tidaknya kerana kegagalan Fairus melaksanakan tanggungjawabnya setelah menang dalam PRU ke-12, pengundi Penanti merungut dan tidak berpuas hati. Walaupun pernah diberikan kata dua oleh DSAI selepas menang PRK Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lalu, Fairus masih dengan alasannya: sibuk untuk merancang pelaksanaan kerajaan campuran di Pulau Pinang.

Jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 tidak memberikan faedah kepada pengundi Melayu, baik yang menetap di tanah besar mahupun bahagian pulau. Banyak yang dia tidak buat untuk kepentingan orang Melayu, kerana orang Melayu Pulau Pinang telah lama dipinggirkan hatta masa DSAI berkuasa pun tidak banyak yang dia lakukan.

Banyak diambil tanah-tanah orang Melayu atas nama pembangunan. Tetapi akhirnya pembangunan itu tidak dimiliki oleh orang Melayu, orang Melayu ramai berhijrah ke Kedah, antaranya Kulim dan Sungai Petani. Nak beli rumah yang asalnya tanah kepunyaan Melayu, harganya terlalu mahal. Harapkan rumah murah, tak cukup tanah nak bina kerana harga tanah melambung naik sehingga ada sampai lebih RM 300 sekaki persegi.

BN tidak bertanding bukan takut, tetapi Menurut Datuk Seri Najib "tidak mahu ikut rentak pembangkang." Nampaknya, PKR akan menghadapi pertandingan sesama sendiri kerana salah seorang calon Bebas adalah bekas Ketua Wanita Keadilan. Jika PAS bersedia meletakkan calonnya, Mansor yang bukan berasal dari Pulau Pinang akan berhempas pulas. Mansor orang Kedah, tetapi kerana pernah mengajar di USM (khususnya di Pusat Penyelidikan Dasar), tak tahulah apa pengundi Penanti akan lakukan.

Mansor hanyalah bergantung kepada tuah DSAI. Tapi kena ingat, DSAI akan turut lakukan perkara yang sama jika Mansor tidak mampu menari mengikut rentaknya. Fairus telah dikorbankan, mungkinkah kali ini Mansor akan menjadi "lembu laga" dalam melaksanakan sorong tariknya dengan Lim Guan Eng. Ingatlah bahawa yang menguasai Pulau Pinang ialah DAP, bukannya PKR.

DAP tidak pernah konsisten dengan tindakannya. Dulu bapanya menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang kerana tidak diperlukan. Pembinaannya adalah satu tindakan membazir. Tapi kali ini Lim Guan Eng mahukan pembinaan Jambatan Kedua. Tapi kali ini bukan alasan membazir.

No comments:

Post a Comment