Sunday, May 24, 2009

LIPAS DAN LOYA TRAUMA DI PENANTI

Ahad, hari kedua selepas penamaan calon DUN Penanti, Tokai terasa loya sekali. Loya bukan kerana tak mampu menghadamkan ucapan-ucapan politik DSAI malam tadi. DSAI cuba memutarbelitkan kenyataan dan hakikat kenapa perlunya ada pertandingan DUN Penanti. Beliau asyik melemparkan tuduhan, BN atau UMNO takut untuk berhadapan dengan suasana politik sekarang.

Tokai terasa loya apabila hampir 3 suku pinggan nasi, tiba-tiba ternampak seekor anak lipas mati dalam nasi rakan di sebelah. Rakan saya yang begitu lapar kerana kami belum lagi menjamah makan tengah hari walaupun jam sudah melepas pukul 5.00 petang.

Setelah selesai melakukan tinjauan di beberapa tempat, kami bercadang untuk mengambil makan tengah hari di kedai-kedai makan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Kami setuju kerana selepas makan, kami terus boleh berehat di rumah sewa sementara menunggu jam 9.00 malam.

Kami makan dengan berselera sekali ayam kampong gulai dan ikan bawal goreng. Dalam keadaan yang lapar, kami makan dengan penuh selera sekali. Apabila rakan saya menunjukkan anak lipas dalam pinggan nasinya setelah mencedok kuah ayam kampong gulai, kami tiba-tiba berhenti.

Tuan kedai dan pekerjanya asyik melihat demontrasi menggoreng keropok lekor. Saya memanggil salah seorang pekerja, tapi dia merujuk kepada seorang wanita yang mengidangkan nasi kepada kami. Tidak seorang pun datang. Saya kecewa dengan sikap itu, setelah lebih sepuluh minit belum ada permohonan maaf, saya memanggil seorang lagi pekerja yang mengambil tempahan kami pada awalnya.

Kami sedar, saya juga yakin pengusaha itu bukanlah rakyat tempata. Gaya percakapannya berbau telor kelantan, yakni dari negara jiran. Tekaan saya mereka adalah dari Petani, Thailand yang memang ramai mengusahakan restoran tomyam.

Memangnya saya kurang minat dengan pengusaha tom yam, bukan kerana masakannya kurang sedap, tetapi cara mereka mengendalikan masakan adalah kurang bersih. Walaupun kedai dilihat bersih, tetapi kaedah memasak dan perkakasan memasaknya penuh dengan lebihan minyak, arang dan sebagainya. Tapi, kotornya tidaklah sampai memualkan sesiapa yang melihatnya.

Kalau dibuat skala penilaian, gerai tom yam berada dalam skala 4 atau 5, iaitu skor sederhana. Namun kalau dibuat penilaian skor harga, berada pada tahap 7 hingga 8 mahal. Begitu juga dengan penggunaan msg (bahan perisa makanan), skornya boleh menyesakkan nafas antara 9 hingga 10. Hati-hatilah kalau nak makan tom yam, jika rasanya manis dan mengancam selera, petandanya banyaklah msg digunakan. Dia bukannya gunakan msg yang disahkan mempunyai sukatan bahan perisa yang dibenarkan (kandungan dan proses campuran) tetapo msg yang dibeli secara timbangan, tanpa jenama. Ada setengahnya diimport daripada Thailand.

Kita perlu sedar, bukan semua barang makanan daripada Thailand bagus. Buah-buah dan sayur-sayuran paling banyak mengandungi racun, dan kerana itulah jika mengambil buah-buah tersebut, penampilannya memang menarik, bahayanya memang besar. Ambil sahaja cara mereka memasarkan jambu batu. Mereka menggunakan warna, sama ada hijau atau merah dan dipanggil epal madu atau jambu epal. Manisnya bukan main, tapi kemanisan itu adalah disebabkan direndam dalam larutan ibu gula.

Pasal loya tu, kami cepat-cepat membasuh tangan. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an menghampiri kami dan meminta kami hanya membayar untuk minuman sahaja. Itulah keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan restoran itu, lokasinya di hujung deretan kedai dan di luar pagar sekolah rendah di Alma Jaya.

Kami terus pulang ke rumah saya yang jaraknya hanya sekitar 200 meter. Kawan saya terus memasuki bilik air dan muntah-muntah. Bila keluar dari bilik air, terus tertidur keletihan. Memangnya kami sudah bertekad tidak akan makan lagi di kedai tersebut walaupun kempunan ayam goreng berempah. Bila melintasi restoran itu, kami terus memalingkan muka kerana sensitif dengan lipas. Bagaikan sebuah trauma, trauma mungkin sepanjang

2 comments:

  1. alamak kesiannya.
    tuan, saya berada di bukit mertajam semalam cover penamaan calon penanti. ai sayang tak jumpa (kalau jumpa pun takl kenal!)
    saya dah balik kl semalam juga.
    kalau sempat gi lah makan mee udang di Sungai Dua. Selera Sri Tambang Mee Udang - tempatnya tersembunyi tepi sungai tetapi dikatakan terkenal.
    tanyalah orang-orang dekat situ - tak jauh dari seberang jaya atau BM.
    harap dapat lupakan episod hitam ni.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. Sayang trauma itu masih berbekas. Setiap malam terpaksa melintasi restoran tersebut. Insyaalah akan berkahir apabila kembali ke KL nanti.

    ReplyDelete