Salam sejahtera buat rakan-rakan, semoga tahun baru yang baru tiga hari tiba memberikan sedikit kelegaan bernafas. Sekurang-kurangnya bagi saya, tahun baru ini dapatlah saya memikirkan kembali pelepasan rumah hijau yang pernah dihempapkan oleh segelintir manusia opurtunis yang sedang menaiki tangga puncak.
Saya bukanlah menuduh sesiapa, tetapi itulah sebenarnya perasaan saya apabila mengetahui perkara yang dibuat tanpa usul periksa. Saya tidak tahu kenapa saya turut dilibatkan sebagai perancang kumpulan menulis surat layang kononnya berhasrat menumbangkan seseorang. Malangnya yang menjajakan tuduhan tersebut terlalu banyak kali membuat kesilapan dan salah pertimbangan, kerana didorong oleh watak dan keimanannya yang kurang berhemat.
Sebagai kumpulan orang cengeng, persoalan tuduh menuduh itu adalah perkara biasa. Walau pun kita tidak melakukannya, kita tetap dijadikan kambing hitam kerana memangnya kitalah akan terkena kepencaran dan keulahan langkah silatnya. Tak apalah, setakat ini kita mampu bertahan kerana orang cengeng boleh menghadapi dugaan.
Orang beriman terlalu banyak dugaan, tetapi lemah pegangan. Mudah termakan pujukan kerana keimanannya itu yang mencairkan segala yang pernah menjadi wadah perjuangannya. Apatah lagi bila pencairan itu ada kaitannya dengan kedudukan, imej dan lahan perjalanan yang menyenangkan.
Maka, berkatalah si labah-labah kepada para nyamuk. Tidak perlulah nyamuk membuat bising, kerana kamu juga akan masuk perangkap. Aku telah memasangnya seantero penjuru, kamu petik sahaja kecengengan kamu itu aku akan lontarkan kamu jauh-jauh. Kalau boleh akan kutelan semuanya, biar kamu tahu sebenar akulah labah-labah yang berkuasa.
Kerana tidka bukanlah dalam kumpulan beriman dan cekal pencetus maki, maka dilontarkan kita jauh-jauh. Hasrat nak mengadu, untuk apa kerana si labah-labah banyak bisanya. Dia tidak pernah faham, kerana kita tidak pandai menangis. Kecualilah kita katakan sahaja, ambillah pisau, tajikan aku dengan ketajaman kata-katamu itu.
Nyamuk tahu kerana nyamuk adalah binatang kecil yang kadangkala tidak dipedulikan sangat. Sesungut nyamuk mampu menghidu mendidihnya darah labah-labah apabila mendapat khabar palsu, maka dikerahkan segala keringat untuk menghalau nyamuk hatta disemburkan dengan aerosol asalkan pepijat yang ada disekiling yang juga mahukan darah, boleh membantu.
Pepijat memang kita semua tahu. Dia bersembunyi dalam lipatan kain, dan ketika selimutan itu dibuka, maka pepijat pun mencari ruang. Dia bukan lagi membisikkan berita mengenai kekejaman nyamuk, walhal ketika itu dia turut menghisap darah orang beriman. Akhirnya, terbakar sudah kelambu dan si labah-labah masih juga belum sedar bahawa dia sebenarnya telah gagal, gagal dalam segala urusannya mentadbir dan menjaring dengan sarangnya.
Semasa labah-labah belum mampu membina sarang, labah-labah banyak sekali idea. Dengan memerhatikan labah-labah lain, maka dia membuat komentar. Tidak sepatutnya itu berlaku, ia memerlukan perubahan dan keyakinan yang kental. Tetapi, bila sudah diberi peluang membuat sarang, ia hanyalah asyik bercakap bagaimana untuk membesarkan sarangnya sendiri, kini sarangnya turut terancam oleh kealpaannya sendiri yang tidak tahu bahwa banyak perasa yang cuba dijadikan umpan, termasuk perasa seronok dan perisa syok serta penyentap geli. Itulah yang menjadikan si labah-labah mabuk bersendirian, bakal mati beragam dengan angan-angannya termakan banyak perasa seronok, perisa syok dan penyentap geli, hatta kesemuanya semua menjadi kepunyaan tertentu. Sekurang-kurangnya, bolehlah melepaskan stress seketika.
Sebenarnya, saya semakin jemu memikirkan sikap sesetengan boss kita. Saya jemu kerana boss selalu ingatkan dialah yang terhandal dan terbaik, kerana itulah dia selalu ingatkan kita: rule number one, the boss always right. Rules number two, refer to the rule number one, puih.
Tidak ada manusia tidak melakukan kesilapan. Tetapi boss banyak nampak kesalahan dan kesilapan anak buah. Boss tidak mahu menerima anak buah membuat teguran, dan kerana itu kita selalu kena belasah walaupun kesalahan itu sebenarnya bukan kita yang melakukannya. Kenapakah begitu, jawabnya kerana kita tidak sebulu dengannya.
Maka saya membuat sedikit retrospektif, pada tahun lalu sebenarnya saya diibaratkan sebagai penjual kutu, maka tahun ini saya cuba mengukir sesuatu di atas batu.Maka harap-harap tahun 2010 ini akan menyegarkan kembali kenangan dan memori, bagaimana kutu pun boleh dijual sebagai pelaris bual bicara dan ganyang orang, termasuklah mengkambinghitamkan setiap orang yang tidak termasuk dalam jaringan kumpulan labah-labah dan sebangsa dengannya.
Selamat sejahtera, semoga seluruh kehidupan kita benar-benar mendapat berkat dan selamat. Biarlah labah-labah mengsengsarakan kita, kerana suatu labah-labah akan sarangnya itu akan jatuh juga oleh angin dan gergaji pembalak.
The King and U
22 hours ago
No comments:
Post a Comment