Tuesday, January 5, 2010

KEMBALIKANLAH KALIMAHMU, YA ALLAH

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah. Sesungguhnya amat ramai sekali orang Islam leka sehingga membiarkan orang lain menoda kekudusan dan kebesaran-Mu.

Sesekali, sebagai hambaMu yang kerdil, aku terasa keliru. Keliru dengan semuanya termasuk dengan mereka yang menempelkan diri sebagai ulama dan pakar ilmu, tetapi bila kesucianMu ingin direngut tidak mereka perjuangkan sebesar-besar nikmat yang Engkau berikan kepada mereka. Mereka seolah-olah tidak lagi terdaya, kerana mereka ingin sangat melihat namaMu tercemar dan diperjualbelikan sesuka hati.

Mereka juga turut menyamatarafkan ZatMu dan KeesaanMu dengan segala sifat yang ada pada manusia. Mereka sanggup mencabar kesucianMu apabila mengatakan pesuhMu itu adalah anakMu yang dihadirkan untuk menyelamatkan manusia. Tetapi, dalam mereka menganggap Isa itu sebagai penyelamat, sebenarnya mereka turut bermain api. Isa tidak mereka selamatkan, malah mereka menyalibkan sehingga tersiksa pedih. Itulah watak seorang penyelamat, keadaannya pun tidak selamat.

Paling aku marah ialah apabila orang yang dianggap mulia tiba-tiba dijadikan bahan pertarungan minda yang tidak menjadi kesudahan. Setelah disalibkan, Isa belum mati. Isa bersama seorang wanita bernama Magdaline, tetapi mereka sebenarnya tidak berkahwin. Dituduh dengan pelbagai fitnah, sehingga wanita itu melahirkan anak dan menghasilkan keturunan. Antaranya ialah Leonardo da Vinci pelukis yang turut juga melukis saat-saat terakhir Isa menikmati makan malam terakhir, the last supper.

Last supper menjadi sebuah lukisan yang penuh monumental dan mahal harganya. Apakah itu sebenarnya yang berlaku. Masih banyak lagi teka-teki yang bermain di mindaku sehingga terlalu malas untuk membaca Holy Grail ataupun DaVinci Code. Mereka sanggup mengkarikaturkan orang yang mereka anggap sebagai penyelamat.

Aku sebenarnya ingin sekali memohon kekuatan dariMu, Ya Allah. Aku amat berlapang dada dan berbesar hati apabila akhir-akhir ini orang yang pernah memberikan ulasan bahawa "Allah juga mencarut", "bukan Islam boleh menghina Islam", "kalimah Allah bukan kepunyaan mutlak Islam" memberikan komentar terbaru, bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah boleh mengelirukan umat Islam.

Tapi yang paling banyak menjadi persoalan ialah apabila namaMu mula diberikan kebenaran segala sah oleh orang yang bukan mahir mengenai Islam, masyarakat Islam diajak supaya menerimanya dnegan tenang. Ia adalah proses undang-undang, dan umat Islam perlu menunggu lama lagi untuk mengetahu keputusan.

Kalau Arbishop Tan Sri Murphy Pakiam dapat menunggu hampir setahun, dari tarikh pelarangan pada 7 Januari 2009 hinggalah Datul Lau Bee Lan membuat keputusan pada 31 Disember lalu, dan menyambut tahun baru dengan gumbira, umat Islam menjadi semakin terbakar emosinya.

Kenapa yang membuat keputusan itu bukan Islam. Tentunya dia tidak mengetahui senstiviti sebenar dan mendalam mengenai Islam. Kalau diketahuinya hanyalah sekadar luaran atau pinggiran sahaja. Dia tidak pernah merasai betapa syahdu bila namaMu disebut, namaMu dizikirkan dan zatMu memayungi seluruh kehidupan. KeberkatanMu menjadikan umat Islam sedar betapa jauhnya jarak antara sifat-sifatMu dengan sifat-sifat manusia yang turut diciptakan olehMu.

Suatu hari sang Keldai bertanyakan kepada seekor Anjing. Kenapa air liurmu selalu meleleh apabila lidahmu terjelir? Maka jawablah si Anjing, memang sifat aku demikian. Aku akan terkam apa sahaja asalkan boleh menjadi makananku.
Tanya pula si Anjing: Kenapa engkau memilih makanan. Kau tidak makan semua yang ada.
Jawab Keldai: rumput menyehatkan aku, tetapi sisa buangan merosakkan ususku.
Tanya Anjing lagi: Ususku tidak pernah rosak walaupun aku makan di tempat buangan sampah.
Jawab Keldai: jika ususmu tidak rosak, kulitmu sentiasa berkurap. Bukankah itu tandanya kekotoran masih bersarang dalam perutmu? Kekotoranlah menjadikan kamu berkurap.
Tanya Anjing: Apakah kamu tidak pernah sakit?
Jawab Keldai: ada ketikanya aku juga sakit kerana aku adalah benda-benda hidup.Tapi bagaimana dengan air liurmu?
JAwab Anjing: Itulah senjata bagiku. Ia boleh menyebabkan aku boleh menelan walaupun berbau busuk.
Sambung Keldai: Jadi air liurmu samalah dengan hatimu. Semuanya busuk?
Akhirnya Keldai dan Anjing meneruskan perjalanan masing-masing. Seperti biasa anjing terus menyalak-nyalak seolah-olah bukit akan segera runtuh. Keldai terus meragut rumput-rumput segar, tetapi................

Aku hanya sekadar membuat catatan sebagai tanda protesku terhadap mereka yang alpa setelah diberikan tanggungjawab untuk mempertahankan namaMu tidak berbuat sesuatu tatkala namaMu mula diukir di dinding sebuah gereja dan dicetak di halaman akhbar yang tidak sepatutnya.
Aku mohon agar Engkau terus memberikan hidayahMu untuk turut mencari akal bagaimana menepis segala kebesaranMu, kemuliaanMu, KeesaanMu, kekudusanMu dalam hati dan mindaku oleh mereka yang sedang menginjak peluang.

Terima kasih Ya Allah, hingga kini aku masih bernafas dan menikmati anugerahMu.

No comments:

Post a Comment