Friday, May 22, 2009

NIZAR NGANGA, SIVAKUMAR TELOPONG

TOKAI ucap tahniah kepada Dr. Zambry, tapi tidaklah pula sampai nak titipkan salam takziah kepada Nizar. Biarlah Nizar faham apa maksud keputusan panel juri dalam membuat keputusan rayuan mengenai keudukannya sebagai Menteri Besar.

Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan sebelumnya apabila memberikan keputusan Nizar sah sebagai Menteri Besar Perak. Setelah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak, petang tadi Tokai tunggu keputusan apa kah kesudahannya politik Perak. Amat terang lagi kesimpulan yang diambil oleh panel juri, Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Tokai harap Dr. Zambry cepat-cepat lah buat majlis doa selamat dn kesyukuran kerana Allah SWT telah memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pengundi dan rakyat negeri Perak. Kita tidak mahu Nizar yang kemaruk kuasa itu akan menggelegakkan lagi kepanasan politik Perak dengan memecat lebih ramai lagi kakitangan awam yang tidak sehaluan dengan kehendak politiknya.

Dengan memecat kakitangan awam, sama ada perkhidmatan negeri atau persekutuan, bermakna turut menganiayai kehidupan orang lain. Kalau lah dipecat kerana kakitangan awam atas alasan kukuh--ponteng kerja, rasuah, kayu mati atau perintah mahkamah -- ramai orang menyokong, tetapi perlu menurut prosedur pula. Nizar tiak boleh memecat seseorang kakitangan awam sesuka hati dan berdasarkan geraka hati.

Dr.Zambry boleh dengan lapang dada "meneruskan sidang dewan" yang tertangguh kerana perlakuan biadab wakil-wakil rakyat pembangkang. Perilaku mereka tak ubah perangai budak nakal, berdiri di atas meja, menengking dan menggertak pihak yang dianggap lawan. Sepatutnya tidak berlaku dalam Dewan Undangan Negeri yang dihormati dan dimuliakan. Jika bukan wakil rakyat melakukan perkara tersebut, sudah tentu pelbagai kutukan telah mereka lakukan. Tapi, bila mereka sendiri lakukan, mula mencari helah yang lain, kononnya "mengkhianati rakyat."

Yang mengkhianati rakyat ialah gerombolan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) yang menggunakan platform rakyat, bercakap atas nama rakyat, tetapi sebenarnya gilakan kedudukan. Lihat perangai mereka, bila tidak mendapat kepercayaan majoriti wakil rakyat, tidak sanggup menyerahkan kenderaan Toyota Camry yang baru dibeli, keluar daripada kediaman rasmi dan dalam kempen PRK Bukit Gantang menjajakan "tidak ada bukti beliau dipecat. Kereta rasmi masih boleh pakai. Rumah rasmi boleh tinggal." Tapi Nizar lupa, rasmi Melayu menghormati titah perintah Raja tidak diendahkan. Itulah Nizar sebenarnya.

Ucapannya penuh hujah membelit kepercayaan rakyat. Apa lagi hujah yang akan digunakan, BN tak bertanding di Penanti kerana takut dihukum oleh isu Perak. Apakah beroleh momentum baru bila keputusan Mahkamah Rayuan tidak menyelebahi pakatan PAS-DAP dan PKR dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sayu dan hiba sekali. Tapi, yang lebih menyiksakan ialahNizar sendiri akan nganga memerhatikan wajah buram dan suram bulan manakala Sivakumar telopong mengira bunga durian gugur, buahnya tak menjadi kali ini.

3 comments:

  1. Sah virus H1N1 telah dibebaskan dari Malaysia tetapi virus B1N1 telah meresap dari DUN Perak hinggalah ke Istana Keadilan di Putrajaya.

    Mungkin ini hakikat yang perlu diterima selagi Mahkamah Rakyat belum membuat keputusan dan sudah pastinya dalam PRU13 Juri-Juri Rakyat akan menjatuhkan Karma yang maha dasyat menggulingkan bapa kepada virus-virus supaya anak cicit generasi bernama & berbangsa Malaysia dapat hidup melintasi sempadan bangsa dan agama dengan harmoni menjunjung Keluhuran Perlembagaan Dan Undang-Undang di atas hak kesamarataan sebagai makhluk bernama insan

    ReplyDelete
  2. Pru 13 pru 13 sebar modal kempen bermula sekarang..
    tidak sabar lagi melihat terkuburnya sebuah parti bermodalkan perkauman untuk terus mengecapi kuasa rasuah....
    pru 13 pru 13 kau akan muncul jua..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya hukum karma itu adalah ciptaan manusia. Manusia menciptanya dan menjadikannya sebagai hukum. Kerana itulah manusia kadngkala lupa untuk apa undag-undang itu digubal? Jika keputusan tidak berpihak kepada mereka, maka undang-undang itu dianggap tidak adil? Apakah benar rakyat berhak menentukannya? Saya kira hanyalah mereka yang kurang siuman sahaja percaya adanya virus B1N1? Kalau ada virus B1N1, tentunya ada juga virus P1K1R1 atau P1SAU berlipat yang sering digunakan. Jika rasuah itu haram, kenapa Tok Guru kata "ambil, tapi janga undi? Tidakkah besar maknanya? Besar dosanya? Dulu tak boleh berkawan dengan Cina keran dia kafir, tapi hari ini kenapa boleh? Di mana letaknya fatwa Tuan Guru yang berdegum-degum setiap pagi Jumaat mengajar di masjid Rusila?

    ReplyDelete