Thursday, May 28, 2009

KAK MIN RONGGENG, KANG MIN KONGKANG

Azmin Ali atau lebih mudah saya panggilkan dia sebagai Kang Min. Kalau dia boleh berikan gelaran kepada Kak Min, calon Bebas PRK Penanti sebagai Minah Ronggeng, tiada sebab Kang Min boleh melenting bila saya berikan gelaran Kang Min Kongkang.

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/13078/KONGKANG_1.jpg

comelnya kongkang, tapi dipercayai banyak membawa keburukan dan malapetaka

Kak Min dikatakan sebagai wanita ronggeng kerana berani mendedahkan apa yang berlaku dalam PKR dan sanggup mencabar kepimpinan parti itu yang terlalu "asyik menyalahkan orang lain, tetapi sebenarnya busuk di dalam." Bak kata sesetengah orang, buah fikir dan butir-butir percakapan pemimpin PKR tak ubah seperti limau madu siam. Cantik kelihatan, bersih dan menawan di luar, tetapi apabila memakannya menyebabkan kerongkong kering dan mungkin menyebabkan batuk berpanjangan. Itulah yang berlaku dalam PKR.

Syabas Kak Min, rahsia dan komplot pemimpin besar PKR sanggup didedahkan biar banyak orang tahu. Bila orang tahu, tak payah lah nak gegarkan seluruh langit politik, bumi pun tak mampu lagi menerimanya. Maka tersungkurlah PKR bersama burung-burung phoenix, yang kedengarannya adalah namanya. Wajah, hanya yang tinggal adalah lakaran dalam imajinasi orang-orang tertentu termasuk para seniman.

Saya panggil Kangf Min Kongkang kerana dia merupakan pemimpin muda yang hebat dalam melakarkan strategi membelasah keyakinan orang. Dia akan buat pelabelan dan meletakkan semacam bar code kepada musuh politik yang dibelasahnya. Kang Min seperti kongkang, sejenis binatang kecil yang bersifat pemalu, tetapi dalam nilai budaya Melayu, binatang itu dipercayai membawa sial. Sesiapa membelanya, boleh menimbulkan kebencian jiran.

Menurut seorang bomoh tradisional, kalau ingin menyisihkan jiran, hanya perlu digunakan ialah tulang punggung kongkang. Tulang punggung itu perlu digariskan di atas tanah di depan pintu pagar rumah tertentu. Setiap mereka yang lalu-lalang akan membenci tuan rumah tersebut, kesannya penghuni itu bukan sahaja dipulau, malah dibenci.

Saya mula membenci Kang Min apabila dia terus mempertahankan godfathernya, DSAI. Saya mulanya amat menyanjungi DSAI sebagai seorang pemimpin pelajar yang penuh semangat perjuangan dan visi Islam. Tetapi, apabila dia mula menjejakkan kaki dalam kuasa politik, dia lupa segalanya.

Dia membeberkan kata-kata menghina orang lain yang tidak sehaluan dengannya, walaupun perkataan yang dihamburkan itu tidak pernah lengkap. Orang dapat menangkap maksudnya. Kalau bercakap, memang fasih, tetapi kefasihannya itu membunuh orang lain, menghentam orang lain agar ikut membenci orang yang dibelasahnya.

4 comments:

  1. betul ker pelihara kongkang ni membawa sial ..ker ajaran sesat ni

    ReplyDelete
  2. ha ah le...kongkang ti\u kan comel jer..sampai ada org kampung yg ingat dia tu panda.. cuba baca kosmo ni... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

    ReplyDelete
  3. saya ader bela kong kang di rumah ... baru2 jer ... pg holiday tgh2 malam nampak meniti atas wayar sepasang.... jd abg saya nih baling kayu jatuh dua2 ... skang ni bawak balik bela diumah .... boleh x yerrr.... takut jgakbawak sial ... panas dlm umah .

    ReplyDelete
  4. setahu saya,, kongkang nie... berbahaya bila menggigit ... strategi menyelamatkan dirinya..dengan menjilat peluh pada bulu dan menggigit.. dikatakan peluh bercampur dgn airliurnya memberi tindakan kimia yang menyebabkan gigitannya bertoksin... dan boleh membawa maut jika tidakdirawat segera...

    ReplyDelete