Showing posts with label penanti. Show all posts
Showing posts with label penanti. Show all posts

Monday, June 8, 2009

DUKALARA ALMA JAYA

Walau pun sudah seminggu berlalu, saya masih belum boleh melupakan dua peristiwa yang berlaku sepanjang bertugas di PRK Dun Penanti. Saya dan rakan-rakan masih teringatkan tergigit kaki anak lipas semasa menikmati makanan lewat petang di sebuah restoran 24 jam di Taman Alma Jaya.
Ia berlaku ketika kami bertiga terasa amat lapar sekali, kerana tidak menjamah makan tengah hari pada hari tersebut. Disebabkan banyak kerja yang perlu diselesaikan, kami menangguhkan waktu makan tengah hari dengan berseloroh. Bila ada yang mengajak turun ke restoran, saya katakan "tunggu dulu. Habis nanti kita pergi makan dan balik berehat".
Hampir jam lima petang kami selesai. Beberapa tempat dicadangkan, namun kami hanya membuat keputusan untuk menikmati makan tengah hari lewat petang itu di restoran berhampiran dengan tempat tinggal kami. Kami bertiga setuju.
Menu hari itu agak istimewa, ada ayam kampung gulai, ulam, ikan bawal goreng dan sedikit daging goreng. Kami makan dengan lahapnya buat beberapa ketika sehinggalah hampir habis. Salah seorang terkejut melihat anak lipas berada dalam pinggannya setelah nasi dah pun hampir habis. Kami tergamam seketika dan memanggil salah seorang pelayan. Semacam buat tidak kisah, akhirnya kami memanggil yang lain. Semuanya buat-buat sibuk menonton demontrasi menggoreng keropok lekor.
Nasib baik kami boleh menahan loya. Tidak termuntah di dalam restoran tersebut. Tapi yang pasti ialah kami tidak mahu lagi mengunjungi restoran itu, mungkin sampai bila-bila.
Peristiwa kedua ialah saat kami seolah-olah mahu disepakterajang oleh pengurusan sebuah homestay yang kami sewa untuk tempoh selama sepuluh hari. Setelah pihak pengurusan bersetuju dengan harga yang kami minta, petangnya datang dua orang pekerja untuk menyerahkan kunci dan memungut bayaran. Saya membayarnya sebanyak RM1,000.00 sebagai bayaran penginapan dengan kadar RM 100 sehari.
Setelah lima hari menginap, rakan saya menerima telefon daripada pihak pengurusan. Mereka mencadangkan kami berpindah ke tempat lain bagi tarikh 30 dan 31 Mei 2009 kerana ada "orang lain nak masuk."
Bila telefon itu dihulurkan kepada saya, saya terus terang tidak setuju dengan cadangan itu. Bagi saya, itu sudah menunjukkan pihak pengurusan terlalu mementingkan wang, sedangkan persetujuan telah diberikan terlebih dahulu. Saya telah membayar kesemuanya. Apa tujuannya, dalam hati kecil saya membuat telahan. Mungkin ditawarkan dengan harga yang tinggi. Jika itulah alasannya, saya teringat peristiwa yang serupa beberapa tahun lalu.
Saya pernah menyewa sebuah rumah di Minden Heights, Pulau Pinang. Disebabkan kekurangan rumah, tuan rumah meminta kami keluar dengan alasan, anaknya yang baru kahwin akan tinggal di situ. Setelah diberi tempoh, kami mendapat rumah yang lain, tuan rumah itu memberikan sewa kepada satu kumpulan pekerja kilang. Sewanya digandakan dari RM 500 kepada RM 800, wal hal ikut persetujuannya kami semacam diikat kontrak untuk tempoh selama 10 bulan. Hanya sempat tinggal di rumah tersebut untuk tempoh tiga bulan sahaja.
Bila saya menjawab tidak setuju, pihak pengurusan homestay keesokannya meminta kami pindah sekali lagi. Ditawarkan pula sebuah homestay lain dan kemudahan sarapan pagi. Kami membuat keputusan, tidak akan berganjak dengan keputusan. Kontrak masih ada sehingga 2 Julai.
Pada 1 julai 2009, kira-kira jam 12 tengah hari pihak pengurusan sekali membuat ingatan keras kepada kami. Waktru check out ialah jam 1 tengah hari. Selepas jam 1, RM 10 akan dikenakan. Bila rakan saya menunjukkan amaran itu, saya mula membuat perhitungan. Untuk apa pihak pengurusan mengingatkan kami kerana tempoh sewaan masih ada semalaman lagi.
Kami yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap itu membalas sms itu. Meminta supaya datang mengambil kunci dan kami akan check out jam 1 nanti. Tunggu sekian lama, tiga orang pekerja; dua wanita dan seorang lelaki Bangladesh tiba dengan menaiki Toyota Unser.
Seorang pekerja wanita, saya agak bukan rakyat tempatan kerana gaya bahasanya seolah-olah datang dari Selatan Thai memberitahu saya, deposit akan dipotong. Saya terus menjawab untuk apa? Awak janji pukul satu, saya tunggu hampir dua jam baru awak sampai. Kenapa nak potong deposit? Awak yang salah, kami beberapa kali menelefon. Jawapan yang diberikan ialah "on the way". Dari Kulim ke Alma Jaya takkanlah sampai dua jam, jaraknya kurang 15 kilometer.
Deposit sebanyak RM 200 dikembalikan. Tapi saya masih tidak berpuas hati kerana wang kami masih berbaki sebanyak RM 100. Saya meminta daripada pekerja tersebut dan menjelaskan, kami hanya tinggal selama 9 malam. Kami bayar 10 malam, tapi kerana "peringatan sms" itu kami tuntut bakinya.
"Homestay bukan seperti hotel," jawab pekerja itu.
"Habis, jam bukan kah 24 jam? Cuba kira, kami masuk 23 Mei dan keluar 1 Jun. Bukankah 9 malam. Jumlahnya RM 900. Saya mahu dikembalikan sebanyak RM 100". Pekerja tersebut cuba menelefon pengurusnya.
Pengurus memberikan akuan mengenai kesilapan tersebut. Pekerja wanita itu terus keluar dan menghidupkan kenderaan tanpa sebarang kata. Lelaki Bangladesh menghulurkan telefon kepada saya, rupa-rupanya tuan punya homestay masih mahu mengungkit-ungkitkan perkara itu walaupun setuju mengembalikan lebihan sewaan itu.
Melalui telefon pengurus wanita membuat leteran panjang. Malah menyalahkan kami kerana menyewanya dengan murah, maka berlakulah masalah tersebut. Saya tetap menegaskan, berdasarkan perundingan dan kedua-dua pihak telah bersetuju. Tak perlu diungkitkan lagi. Malah, pengurus wanita itu mengungkitkan dia rugi kerana kadar sewaan semalaman ialah RM 150, sedangkan kami hanya membayar RM 100.
Saya menjawab, itu bukan soalnya sekarang. Awak dan saya telah bersetuju mengenai harga sewaan itu. Jika awak tidak setuju, saya tidak akan menyewanya.
Nada suaranya semakin tinggi. Menafikan kesalahan oleh pihak pengurusan tersilap membuat kiraan, sebalik menyalahkan juru jualnya yang kurang bijak membuat perhitungan.
Jawab saya, persoalan ialah seluruh homestay harus menanggungnya. Jika pekerja membuat silap, pengurusan juga turut terpalit dengan masalah itu. Itulah yang sepatutnya puan lakukan kepada seluruh pekerja puan. Puan jadi seperti bangau oh bangau.
Soal bagaimana pihak pengurusan memarahi pekerja sendiri bukan urusan saya. Bagi kami semua, seluruh pihak termasuk pengurusannya harus bertanggungjawab dengan masalah itu. Ia adalah imej homestay.
Dia marah lagi. Semakin meninggi sehingga menyebabkan saya tidak mahu mendengar. Lantas saya mematikan panggilan telefon bimbit itu dan mengembalikan kepada pekerja Bangladesh tersebut.
Setengah jam kemudian, pekerja wanita itu datang kembali. Tanpa memandang ke arah saya, meminta seorang lagi pekerja wanita warga Indonesia menghulurkan baki wang sebanyak RM 100. Jam 4.30 petang baru kami benar-benar check out. Hati kecil kami terus membungkam, dah lah tinggal di homestay yang panas membara, hospitalitinya langsung tidak ada.
Semasa diserahkan kunci, tidak tergamak kami untuk bermalas-malasan di atas sofa di ruang tamu. Lantainya penuh debu, dan telapak kaki hitam terasa seolah-olah berjalan di atas debu. Kami tidak mahu membuang masa, terus mencari mop dan lapkan lantai. Beberapa kali terasa selesa. Kami tidak banyak onar, kerana kami faham homestay ini hampir sebulan tidak ada penghuninya.
Kami turut membasuh bilik air kerana bilik air yang berdebu dan kotor amat menjijikkan kami. Kami tidak boleh melabur dalam suasana itu.
Malm pertama, kami tidak dapat tidur kerana kepanasan. Walaupun ada terpasang kipas, tetapi kekisi angin telah ditutup dengan langsir. Tingkap seakan-akan berkarat, tidak dapat dibuka untuk membolehkan angin luar masuk. Yang tinggal hanya katil dua tingkat, kami menngkat tilam untuk ramai-ramai tidur di ruang tamu. Terasa kurang sikit panasnya.
Pengalaman kami di Sri Alma Homestay amat menyiksakan apabila tidak mengendahkan keselesaan pelanggan dan asyik mencaturkan keuntungan, maka kami turut membuat keputusan akan terus mengutuk pengurusannya. Kami tidak akan berkunjung lagi ke homestay itu, walaupun berpeluang lagi pada masa depan. Kami sudah serik, dan akan meminta rakan-rakan tidak ke sana takut berjangkit wabak yang sama. Sama saperti tekad kami tidak akan makan lagi di Pelangi Cafe, dan menyebut namanya sahaja kami terasa loya.
Itulah kenangan kami sepanjang sembilan hari di Bukit Mertajam. Kami akan tetap ke sana, tapi tidak akan menyewa Sri Alma Homestay dan makan di Pelangi Cafe lagi. Cukuplah, pengajaran itu mengingatkan kami sepanjang hayat.

Thursday, May 28, 2009

RABA TELOR MAHFUZ

Ceramah Mahfuz menjelang larut malam terselit unsur-unsur lucah tanpa segan silu biarpun pendengarnya turut terdiri daripada wanita, anak gadis, ibu tunggal ataupun isteri orang. Semua yang mendengar asyik tersenyum dan ketawa berdekah-dekah seolah-olah lupa etika dan moral.

Saya sempat memerhatikan gelagat pasangan muda yang bersandar di pokok durian. Buah durian lebat juga, tapi nasib agak baik kerana angin tidaklah begitu kuat, tiada buah durian gugur. Kerana terasa lucu dengan kelakar Mahfuz, siisteri memegang-memegang apa yang tidak sepatutnya berlaku, walaupun tempat yang diletakkan tangan itu adalah kepunyaan suaminya.

Mujur tidak ramai yang memerhatikannya. Saya hanyalah secara kebetulan terpandang. Sebelumnya saya asyik memerhatikan buah durian, saya kira ada yang sedang menunggu masa untuk gugur apabila melihat kepada warnanya mula keperangan.

Tempat ceramah hanyalah kawasan lapang dan di antara celah-celah pokok durian, berhampiran markas Pas Kubang Semang. Jenaka seks pertama Mahfuz ialah apabila meminta supaya Khairy tidak perlu ganggu atau berkempen kepada pengundi Penanti kerana BN tidak bertanding.

Mahfuz kata, tak payahlah buat kacau dan lebih baik duduk kat rumah "kapok bini." Soalnya kenapa Mahfuz juga berkata demikian, walhal calon yang bertanding ialah calon PKR dan bukannya PAS. Alasannya mudah, PKR adalah sekutu PAS dan kerana itulah mereka turut turun berkempen.

Jenaka seks kedua Mahfuz ialah apabila meminta pemimpin kerajaan agar "pegang telor kanan dan pegang telor kiri" kerana tidak tahu menguruskan ekonomi. Pemimpin kerajaan didakwa telah gagal dan tidak merancang tindakan untuk mengatasi atau mengurangi kelembapan ekonomi walaupun Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah memberikan amaran jelas mengenainya sebelum itu.

Kata Mahfuz atas kegagalan itu beliau akan membawa usul untuk mengambil tindakan "memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak RM 10. Walaupun ia tidaklah besar, ia adalah simbolik sebagai denda kerana kegagalannya."

Sambung Mahfuz lagi, jika benar-benar bertujuan untuk mendahulukan rakyat, kerajaan harus mencari jalan untuk tidak menaikkan tambang bas ekspress yang akan mula dilaksanakan pada awal Jun nanti.

Mahfuz mencadangkan agar terus diberikan subsidi minyak diesel untuk pengusaha bas, mengawal harga alat ganti, mengurangkan cukai pembelian casis bas (duti, eksais dan cukai jualan), menurunkan harga tayar dan sebagainya. Namun Mahfuz turut mengakui hakikat bahawa kenaikan tersebut bukanlah faktor dalam negara semata-mata, ia ditentukan oleh faktor global.

Kalau dah faham kenapa mencarut lagi. Mahfuz perlu sedar bahawa walau bagaimanapun kerajaan mengadakan kawalan harga, tidak membenarkan kuasa pasaran, akan dituduh tidak mesra perniagaan. Ini pernah dituduh oleh juak-juak mereka apabila kerajaan lambat menurunkan harga minyak sedikit masa dulu.

Sikap tidak konsisten PAS bukan sahaja mengenai soal ekonomi, malah kedudukan Islam turut menjadi bahan lenturan politik. Ceramah malam ini sudah jelas sikap tersebut apabila meminta "pegang telur kiri dan kanan", ia bertentangan dengan tatasusila agama. Tak payahlah nak bercakap mengenai adab dan kesopanan kalau diri sendiri bercakap pun tidak sopan, terutamanya di depan khalayak ramai.

Tukang dengar patut buat teguran tegas, sebelum menyuruh orang lain "memegang telur", marilah sama-sama kita memohon agar Mahfuz periksa telur dia sendiri. Apakah masih berbentuk bujur sireh atau sudah menguncup lebih50 peratus.

Mari kita pakat-pakat jerkah Mahfuz biar dia tahu dan tetap menjaga adat. Jangan asyik nak suruh orang lain "main telur", biar dia main telur dia sendiri dulu, ada apa-apa perbezaan ke?

Kita nak tanya, apa komen Mahfuz bila Kak Min minta Datuk Zahrain, pengerusi PKR mengingatkan peristiwa di sebuah hotel di Jawi beberapa ketika dulu. Jangan tersilap buat jangkaan, jangan tuduh sembarangan, nanti mncemarkan pula maruah seorang wanita. Menuduh yang bukan-bukan walaupun secara kelakar, besar dosanya. Islam melarang seseorang mengaibkan, membuat tuduhan dengan niat mendiskreditkan orang lain.

Mahfuz tidak perlu sibuk, buatlah kerja-kerja lain lebih mendapat pahala daripada berceramah politik yang banyak memutarbelitkan fakta. Nonton Mr.Beans lagi menarik berbanding Mahfuz yang asyik minta orang "main telur"...

KAK MIN RONGGENG, KANG MIN KONGKANG

Azmin Ali atau lebih mudah saya panggilkan dia sebagai Kang Min. Kalau dia boleh berikan gelaran kepada Kak Min, calon Bebas PRK Penanti sebagai Minah Ronggeng, tiada sebab Kang Min boleh melenting bila saya berikan gelaran Kang Min Kongkang.

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/13078/KONGKANG_1.jpg

comelnya kongkang, tapi dipercayai banyak membawa keburukan dan malapetaka

Kak Min dikatakan sebagai wanita ronggeng kerana berani mendedahkan apa yang berlaku dalam PKR dan sanggup mencabar kepimpinan parti itu yang terlalu "asyik menyalahkan orang lain, tetapi sebenarnya busuk di dalam." Bak kata sesetengah orang, buah fikir dan butir-butir percakapan pemimpin PKR tak ubah seperti limau madu siam. Cantik kelihatan, bersih dan menawan di luar, tetapi apabila memakannya menyebabkan kerongkong kering dan mungkin menyebabkan batuk berpanjangan. Itulah yang berlaku dalam PKR.

Syabas Kak Min, rahsia dan komplot pemimpin besar PKR sanggup didedahkan biar banyak orang tahu. Bila orang tahu, tak payah lah nak gegarkan seluruh langit politik, bumi pun tak mampu lagi menerimanya. Maka tersungkurlah PKR bersama burung-burung phoenix, yang kedengarannya adalah namanya. Wajah, hanya yang tinggal adalah lakaran dalam imajinasi orang-orang tertentu termasuk para seniman.

Saya panggil Kangf Min Kongkang kerana dia merupakan pemimpin muda yang hebat dalam melakarkan strategi membelasah keyakinan orang. Dia akan buat pelabelan dan meletakkan semacam bar code kepada musuh politik yang dibelasahnya. Kang Min seperti kongkang, sejenis binatang kecil yang bersifat pemalu, tetapi dalam nilai budaya Melayu, binatang itu dipercayai membawa sial. Sesiapa membelanya, boleh menimbulkan kebencian jiran.

Menurut seorang bomoh tradisional, kalau ingin menyisihkan jiran, hanya perlu digunakan ialah tulang punggung kongkang. Tulang punggung itu perlu digariskan di atas tanah di depan pintu pagar rumah tertentu. Setiap mereka yang lalu-lalang akan membenci tuan rumah tersebut, kesannya penghuni itu bukan sahaja dipulau, malah dibenci.

Saya mula membenci Kang Min apabila dia terus mempertahankan godfathernya, DSAI. Saya mulanya amat menyanjungi DSAI sebagai seorang pemimpin pelajar yang penuh semangat perjuangan dan visi Islam. Tetapi, apabila dia mula menjejakkan kaki dalam kuasa politik, dia lupa segalanya.

Dia membeberkan kata-kata menghina orang lain yang tidak sehaluan dengannya, walaupun perkataan yang dihamburkan itu tidak pernah lengkap. Orang dapat menangkap maksudnya. Kalau bercakap, memang fasih, tetapi kefasihannya itu membunuh orang lain, menghentam orang lain agar ikut membenci orang yang dibelasahnya.

Tuesday, April 28, 2009

Kedai Gunting Anwar

Kalau hangpa ronda ronda kat Permatang Pauh ada satu kedai gunting nama Kedai Gunting Anwar.

Kecik aja, kera kangkang pun lepaih.

Dak bukan Nuat punya, kebetulan aja tu tapi bila aku tengok keadaan PKR la ni aku teringat kat kedai guntin ni pasai Nuat tu memang macam dok main gunting gunting.

potong mana tak suka, trim mana yang terlebih

sampai DCM1 pun kena trim

Bila dah kena trim Penanti, Nuat pun carilah kawan baik dia Mansor Othman nak duduk di situ, jadi penunggu di Penanti.

kalau join PKR macam tu lah, kata member aku sorang dari Kedah.

Untung dicalon jadi penunggu, kalau tak dicalon jadi lah pak turut

Dalam apa apa hal Anwar berkuasa mutlak dalam PKR, sapa berani lawan?

Cik Minah pun terpaksa pergi ke Kuala Lumpur nak minta diberi peluang berentap dengan Anwar one on one....

Umno plak tak decide lagi nak bertanding ke tidak, aku ingat bertanding kot, bekas ketua pemuda, Datuk Hisham dah dilantik Panglima Perang Pinang Sebatang, takkan tak nak pergi perang pulak. Ye tak?

Elok lah tu. Kita tengoklah apa nasib si Fairus yang menjadi mangsa kerakusan Anwar tu...
entah jadi ke tidak di nak kejar masters or was it PhD?

eloklah kita terus belajar,

jangan lepaskan satu hari berlalu tanpa mempelajari sesuatu yang baru kata pujangga

Sementara Anwar belajar potong rambut, mari kita belajar berhenti bergaduh sama kita. nanti orang lain sorakkan kita baru padan muka