Friday, May 29, 2009

DUKA NESTAPA KOMUNISME

Ketegasan Perdana Menteri untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia merupakan satu keputusan yang melegakan lebih banyak rakyat berbanding kegilaan pihak tertentu memperbaharui niat tersebut. Meskipun DAP dan PKR telah menyahut cabaran atas alasan kemanusiaan, Chin Peng perlu diberikan peluang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia.

Chin Peng pernah gagal dalam percubaannya secara undang-undang untuk kembali ke Malaysia. Beliau pernah diminta untuk membuktikan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di Sitiawn Perak namun gagal. Terbaru ialah cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan agar kerajaan mempertimbangkan faktor kemanusiaan dan membenarkan kepulangan Chin Peng.

Masyarakat masih trauma dengan keganasan komunis sepanjang sejarah. Walaupun rakyat masih dihantui oleh kekejaman gerakan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) di beberapa tempat, nampaknya Dr. Tan Seng Giaw cuba melembutkan seruannya dengan meminta supaya kerajaan dan rakyat Malaysia mengamalkan budaya pemaaf. Ini mungkin pemimpin DAP (ahli parlimen Kepong) itu sedar bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia bencikan komunisme dan menganggap Chin Peng sebagai “penjenayah perang.”

Meskipun istilah “penjayah perang” belum lagi kedengaran dari pendapat rakyat Malaysia, di hati kecil sebahagian daripada sanak saudara bekas anggota keselamatan dan tentera, yang mengikut anggaran seramai 500,000 terkorban (termasuk orang awam) sepanjang gerakan bersenjata komunis masih berbekas kekesalan itu. Lagi pun, sejak mengisytiharkan komunis tidak lagi melancarkan gerakan bersenjata, Chin Peng sedikit pun tidak pernah meminta maaf mengenai kekejaman yang pernah dilakukan sepanjang penglibatannya dalam gerakan bersenjata.

Agenda menghidupkan kembali ideologi komunis, melalui pelbagai bentuk perjuangan mula kembali bergema apabila berlakunya krisis politik di beberapa buah negara kesan kemelesetan ekonomi. Ini dapat dilihat melalui penggunaan slogan kuasa rakyat (people’s power) yang berupaya menumbangkan Marcos di Filipina. Kuasa rakyat yang dianggap sebagai puncak kepada amalan demokrasi, akhirnya menjadi satu bentuk anarkisme baru dalam politik moden.

Rusuhan jalanan, menyerang tempat-tempat strategik seperti lapangan terbang (menggunakan orang ramai sebagai strategi menentang kerajaan), menuduh kerajaan tidak adil dan zalim, tidak mempedulikan rakyat bawahan dan pemimpin membolot kekayaan melalui transaksi dan kronisme. Perjuangan lebih berbentuk penghapusan kelas sosial dalam masyarakat adalah berdasarkan prinsip kesamaan, atau sama rata.

Persoalan kesamaan menjadi tunjang perjuangan. Sebenarnya, tidak ada realiti dalam perjuangan komunisme mengenai konsep kesamaan kerana para pemimpin komunis sendiri berdasarkan sejarah turut membina kekayaan peribadi. Pemimpin-pemimpin tertinggi komunis, sama ada di Rusia atau China sepanjang sejarah mengamalkan keadah pengurusan tertutup di mana para pemimpinnya tidak pernah mengisytiharkan kedudukan harta peribadinya.

Rakyat kebanyakan hanya diberikan makanan dan kemudahan yang minimum. Kehidupan berkeluarga ternyata terpisah di mana antara isteri dan suami hanya bertemu dalam tempoh tertentu. Keluarga juga dihadkan dengan bilangan anak, ada kalanya pula kehidupan peribadi antara pasangan amat terbatas. Semuanya ditumpukan untuk negara.

Bentuk kuasa terlalu berbentuk autokrasi, golongan bawahan tidak dibenarkan bersuara dan membantah. Bantahan dan kecewaan yang ditonjolkan akan menerima pasungan yang kejam, termasuk hukum bunuh.

Apakah kehidupan dalam suasana ideologi komunis itu menyamai dengan Islam. Alangkah tumpulnya akal Dr. Tan Seng Giau apabila melontarkan pandangan bahawa Islam mementingkan keadilan, maka prinsip perjuangan komunisme adalah untuk memberikan keadilan kepada rakyat.

Keadilan dalam prinsip Islam tidak sama dengan keadilan yang dimaksudkan berdasarkan pandangan komunisme. Komunisme meletakkan keadilan itu ditahap timbang tara masyarakat bawahan, tetapi tidak bagi peringkat pemimpin. Para pemimpin komunis tidak pernah dipersoalkan apa yang pernah mereka lakukan dan berapa banyak yang mereka miliki. Semuanya disorok kemas sehingga mempopularkan istilah disinformation.

Keadilan dalam Islam, rakyat boleh mempersoalkan tindak-tinduk pemimpin. Menurut prinsip keadilan yang ditegaskan oleh Sayidina Umar Al-Khattab, ketika dilantik sebagai khalifah, sanggup turun memerhatikan masalah rakyat hatta meminta supaya menghakimkannya dengan pedang jika menyeleweng. Adakah pemimpin-pemimpin pada masa kini sanggup berbuat demikian bagi menegakkan keadilan dan menentukan dirinya tidak hanyut dibuai kekuasaan.

PKR sendiri yang bercakap dengan keadilan dan anti rasuah, sebenarnya semakin banyak berhadapan dengan perilaku pemimpinnya sendiri yang mula menerobos sempadan itu. Pendedahan calon Bebas di DUN Penanti, ternyata mempunyai asasnya kerana Aminah Abdullah sanggup menghadapi apa-apa tindakan, termasuk diseret ke mahkamah mengenai cubaan untuk merasuahnya.

Komunisme yang cuba dihidupkan kembali oleh pihak-pihak tertentu dan disokong oleh parti-parti politik, jelas membuktikan itulah satu-satunya kaedah untuk memperlihatkan perjuangan menggunakan kuasa rakyat. Jika kita masih ingat mengenai sejarah pemberontakan atau revolusi Perancis, masih berbekas mengenai perjuangan kelas setelah Karl Marx berjaya mempromosikan idea masyarakat tanpa kelas.

Perlu difahami bahawa walau apa pun alasannya, ideologi komunis tetap tidak memberikan ruang kepada keyakinan beragama. Asasnya, agama itulah telah menyebabkan manusi mabuk dan kecanduan sehingga melupakan haknya ke atas negara. Agama telah memporak-perandakan masyarakat, agama telah menyeret manusia ke lembah kehinaan.

Falsafah komunisme atau Marxisme itu akhirnya membentuk sebuah tesis yang banyak diyakini oleh banyak manusia. Max Weber memperkenalkan gagasan bahawa keyakinan terhadap agama menyebabkan kemunduran ekonomi, dengan berlandaskan prinsip pengasingan antara gereja dan etos kerja. Agama menyebabkan manusia lemah dalam aspek ekonomi.

Falsafah tersebut berkembang dan menjadi sebagai satu fahaman yang mendominasi falsafah sekularisme dalam masyarakat barat. Dengan memisahkan agama, kehidupan menjadi semakin baik dan ekonomi bertambah maju. Falsafah ini turut membenarkan kesimpulan terhadap kehidupan masyarakat yang menghabiskan masa terlalu banyak di rumah-rumah ibadat, menjadikan mereka miskin. Sekurang-kurangnya itulah keyakinan yang berbekas melalui falsafah masyarakat tanpa kelas dan slogan penolakan terhadap agama.

Komunisme menyimpang dari aspek fitrah manusia. Manusia memerlukan kecukupan material dan psikologi, termasuk spiritual dalam membangunkan kehidupannya. Manusia memerlukan suatu kuasa yang lebih besar, kuasa yang berada di luar kemampuannya berfikir sebagai tunggak keyakinan diri. Kerana itulah manusia memerlukan agama, agama membawa manusia meyakini adanya Tuhan. Keperluan kebendaan hanyalah sekadar alat untuk mereka meneruskan kehidupan bagi menjambatani sebuah kehidupan yang lain, yang lebih kekal abadi.

Disitulah perbezaannya, manakala komunisme tidak merungkaikan kehidupan kedua. Ia banyak mempersoalkan pola hidup semasa hayat dan kaedah pemilikan kekayaan agar tidak terlalu rakus dan tamak. Namun perjuangan komunisme ternyata tidak sekadar menghapuskan kelas dalam masyarakat, tetapi turut menghapuskan nyawa manusia yang tidak sehaluan dengan ideologinya. Keganasan dihalalkan, boleh membunuh, mengugut dan melenyapkan apa yang ada asalkan matlamat dan tujuannya tercapai, komunisme sebagai ideologi yang diterima oleh semua manusia.

Menghidupkan kembali ideologi komunis, sama ada secara menganjurkan gerakan berlandaskan topeng rakyat, kesamaan kelas masyarakat, atau membawa balik ikon PKM itu sebenarnya satu usaha penuh muslihat dan penipuan. Ia tetap akan memanipulasikan rakyat dan tidak ada masyarakat yang tidak mempunyai kelas dalam sejarah manusia. Jika ada rakyat, mesti ada pemimpin. Rakyat dan pemimpin itu sudah pun menunjukkan terbentuknya kelas atau lapisan sosial.

Tidak perlu angkuh dengan perjuangan menggunakan rakyat sebagai tombok kuasa. Tidak perlu beralasan, walaupun pelbagai pertimbangan akan dilakukan, perjuangan dan aktiviti Chin Peng melalui PKM telah melukai masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan kaum. Chin Peng tetap akan disamakan dengan “penjenayah perang” ataupun mungkin perlu diadili sebagaimana rakyat Vietnam membenci Pol Pot, masyarakat dunia membenci Hitler, Mussolini ataupun Heng Samrin. Mereka telah banyak melukakan hati dan melakukan kekejaman fizikal dan psikologi kepada manusia.
Kamarun KH.

Thursday, May 28, 2009

RABA TELOR MAHFUZ

Ceramah Mahfuz menjelang larut malam terselit unsur-unsur lucah tanpa segan silu biarpun pendengarnya turut terdiri daripada wanita, anak gadis, ibu tunggal ataupun isteri orang. Semua yang mendengar asyik tersenyum dan ketawa berdekah-dekah seolah-olah lupa etika dan moral.

Saya sempat memerhatikan gelagat pasangan muda yang bersandar di pokok durian. Buah durian lebat juga, tapi nasib agak baik kerana angin tidaklah begitu kuat, tiada buah durian gugur. Kerana terasa lucu dengan kelakar Mahfuz, siisteri memegang-memegang apa yang tidak sepatutnya berlaku, walaupun tempat yang diletakkan tangan itu adalah kepunyaan suaminya.

Mujur tidak ramai yang memerhatikannya. Saya hanyalah secara kebetulan terpandang. Sebelumnya saya asyik memerhatikan buah durian, saya kira ada yang sedang menunggu masa untuk gugur apabila melihat kepada warnanya mula keperangan.

Tempat ceramah hanyalah kawasan lapang dan di antara celah-celah pokok durian, berhampiran markas Pas Kubang Semang. Jenaka seks pertama Mahfuz ialah apabila meminta supaya Khairy tidak perlu ganggu atau berkempen kepada pengundi Penanti kerana BN tidak bertanding.

Mahfuz kata, tak payahlah buat kacau dan lebih baik duduk kat rumah "kapok bini." Soalnya kenapa Mahfuz juga berkata demikian, walhal calon yang bertanding ialah calon PKR dan bukannya PAS. Alasannya mudah, PKR adalah sekutu PAS dan kerana itulah mereka turut turun berkempen.

Jenaka seks kedua Mahfuz ialah apabila meminta pemimpin kerajaan agar "pegang telor kanan dan pegang telor kiri" kerana tidak tahu menguruskan ekonomi. Pemimpin kerajaan didakwa telah gagal dan tidak merancang tindakan untuk mengatasi atau mengurangi kelembapan ekonomi walaupun Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah memberikan amaran jelas mengenainya sebelum itu.

Kata Mahfuz atas kegagalan itu beliau akan membawa usul untuk mengambil tindakan "memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak RM 10. Walaupun ia tidaklah besar, ia adalah simbolik sebagai denda kerana kegagalannya."

Sambung Mahfuz lagi, jika benar-benar bertujuan untuk mendahulukan rakyat, kerajaan harus mencari jalan untuk tidak menaikkan tambang bas ekspress yang akan mula dilaksanakan pada awal Jun nanti.

Mahfuz mencadangkan agar terus diberikan subsidi minyak diesel untuk pengusaha bas, mengawal harga alat ganti, mengurangkan cukai pembelian casis bas (duti, eksais dan cukai jualan), menurunkan harga tayar dan sebagainya. Namun Mahfuz turut mengakui hakikat bahawa kenaikan tersebut bukanlah faktor dalam negara semata-mata, ia ditentukan oleh faktor global.

Kalau dah faham kenapa mencarut lagi. Mahfuz perlu sedar bahawa walau bagaimanapun kerajaan mengadakan kawalan harga, tidak membenarkan kuasa pasaran, akan dituduh tidak mesra perniagaan. Ini pernah dituduh oleh juak-juak mereka apabila kerajaan lambat menurunkan harga minyak sedikit masa dulu.

Sikap tidak konsisten PAS bukan sahaja mengenai soal ekonomi, malah kedudukan Islam turut menjadi bahan lenturan politik. Ceramah malam ini sudah jelas sikap tersebut apabila meminta "pegang telur kiri dan kanan", ia bertentangan dengan tatasusila agama. Tak payahlah nak bercakap mengenai adab dan kesopanan kalau diri sendiri bercakap pun tidak sopan, terutamanya di depan khalayak ramai.

Tukang dengar patut buat teguran tegas, sebelum menyuruh orang lain "memegang telur", marilah sama-sama kita memohon agar Mahfuz periksa telur dia sendiri. Apakah masih berbentuk bujur sireh atau sudah menguncup lebih50 peratus.

Mari kita pakat-pakat jerkah Mahfuz biar dia tahu dan tetap menjaga adat. Jangan asyik nak suruh orang lain "main telur", biar dia main telur dia sendiri dulu, ada apa-apa perbezaan ke?

Kita nak tanya, apa komen Mahfuz bila Kak Min minta Datuk Zahrain, pengerusi PKR mengingatkan peristiwa di sebuah hotel di Jawi beberapa ketika dulu. Jangan tersilap buat jangkaan, jangan tuduh sembarangan, nanti mncemarkan pula maruah seorang wanita. Menuduh yang bukan-bukan walaupun secara kelakar, besar dosanya. Islam melarang seseorang mengaibkan, membuat tuduhan dengan niat mendiskreditkan orang lain.

Mahfuz tidak perlu sibuk, buatlah kerja-kerja lain lebih mendapat pahala daripada berceramah politik yang banyak memutarbelitkan fakta. Nonton Mr.Beans lagi menarik berbanding Mahfuz yang asyik minta orang "main telur"...

SELOROH DAN SEKS SINIS MAHFUZ

Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS tidak seharusnya menggunakan seloroh dan kata-kata sinis berbau seks apabila mengutuk pemimpin BN. Tetapi yang anehnya pendengar gelak ketawa apabila Mahfuz meminta pemimpin UMNo tidak perlu sibuk untuk berkempen dalam PRK Penanti.

Mahfuz menuduh Khairy Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan supaya meminta pengundi tidak keluar mengundi dalam PRK Penanti pada 31 Mei nanti. BN tidak bertanding atas alasan takut, tetapi tetap menyalahkan Khairy yang kononnya berkempen agar pengundi tidak keluar mengundi. Menurut Mahfuz, lebih baik Khairy "kapok bini, tak payah sibuk."

Perempuan bertepuk dan mencubit suaminya. Gelak ketawa disambut. Ramai yang tertarik dengan sindiran sinis berbau seks itu.

SAya terasa tidak sepatutnya Mahfuz berkata demikian kerana dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Mahfuz tentu lebih baik bercakap dalam nada yang berhemah, kerana Islam menyuruh umatnya bercakap dalam lafaz yang tidak mengaib atau mencerca orang lain.

Mahfuz turut menyelar keputusan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon SPM mulai tahun 2010. Dengan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran, Mahfuz menuduh sebagai satu usaha menggagalkan pelajar-pelajar sekolah agama. Ini kerana, subjek sekolah agama sudah pun banyak, manakala subjek teras sudah pun terdapat lima.

Jika mengehadkan sepuluh, pelajar sekolah agama tidak akan ke mana nanti. Ia akan menyebabkan mereka terpaksa menggugurkan beberapa subjek penting, yang amat diperlukan sebagai persediaan memasuki pusat pengajian tinggi Islam.

Mahfuz turut berjanji akan membawa cadangan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun nanti. Usulnya ialah untuk "mencadangkan gaji Perdana Menteri dipotong sebanyak RM 10 sebagai simbolik kerana membohongi rakyat mengenai keadaan ekonomi."

Menurut Mahfuz, semasa menjelaskan masalah ekonomi, Menteri Kewangan pernah menegaskan, "Malaysia tidak mengalami kemelesetan kerana mempunyai asas ekonomi yang kukuh." Tetapi, setelah membentangkan prestasi ekonomi pada suku pertama tahun ini, "KDNK telah merosot menjadi negatif 6.2 peratus."

Ekonomi Malaysia akan terus merosot pada suku kedua tahun ini, tetapi dijangka pulih pada penghujung tahun. Ini membuktikan kerajaan "telah berbohong" dan seharusnya Menteri Kewangan "dihukum kerana tidak bijak merancang ekonomi."

Mahfuz lupa bahawa walaupun ekonomi Malaysia mencapai tahap pertumbuhan KDNK negatif, tidak bermakna mengalami kemelesetan ketara. Ia adalah kemelesetan teknikal. Kerana Mahfuz tidak faham mengenai pengurusan ekonomi yang lebih besar, hanya tahu menyeru orang ramai menghulurkan derma "tak cukup belanja untuk berkempen", dia bolehlah membuat andaian yang terlalu mudah dan simplistik.

Mahfuz juga menyalahkan kerajaan apabila pihak polis menangkap mereka yang melancarkan mogok lapar, berpakaian hitam dan berpuasa sunat. Alangkah sempitnya pemikiran Mahfuz kerana tidak dapat membezakan mogok lapar yang dilancarkan oleh pembangkang itu ialah sebagai protes. Tidakkah tindakan itu menggambarkan sifat buruk pembangkang yang cuak dengan perjuangannya sendiri.

Memncari simpati dengan cara yang salah, kerana akan mendesak tindakan kerajaan. Jika kerajaan membiarkan mogok lapar itu berterusan, pembangkang akan terus menyalahkan kerajaan kononnya tidak peka dengan kehendak rakyat. Itu bukan kehendak rakyat, itu adalah cara komunis semasa melancarkan bantahan terhadap kerajaan semasa darurat dahulu.

Mahfuz juga membabitkan kerajaan Perak sebagai tindakan aneh kerana tidak ada negara dalam dunia ini memperoleh kuasa berdasarkan keputusan Mahkamah. Mahfuz lupa bahawa keputusan Mahkamah itu diperoleh kerana tindakan pembangkang yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya.

Nizar telah membawa keputusan Paduka Sultan Perak agar mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak mempunyai sokongan majoriti. Hasilnya, Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan bahawa Nizar Menteri Besar yang sah. BN membuat rayuan, dan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut. Tampok kuasa negeri Perak adalah milik BN.

Yang memulakan tindakan mahkamah ialah PAS atau kerajaan campuran yang dipimpin oleh Nizar. Kenapa marah teramat sangat sehingga sanggup melontarkan fitnah, kononnya BN telah tidak berlaku adil. Lihat apa yang Nizar lakukan, di mana sanggup menggadai kouta Melayu bagi menjaga hati dan perasaan orang Cina. Sanggup mengubah kouta pemilikan rumah bagi Bumiputera dan meluluskan projek perumahan yang tidak mampu dibeli oleh Bumiputera. Itu bukankah satu kaedah menyingkirkan bumiputera secara tidak langsung, atau orang Melayu sendiri.

Mahfuz perlulah bercermin dengan penuh ikhlas. Mahfuz sepatutnya mengakui, yang salah itu salah, sama-sama kita perbetulkan dan bukannya asyik menyalahkan apa yang dilakukan oleh orang lain. Apa yang Mahfuz lakukan untuk mengekang kemelesetan ekonomi. Cuba perdengarkan langkah dan petunjuk prestasi dengan jelas, dan bukannya pandai membuat komen, tetapi tak tahu bagaimana melakukannya dengan tindakan. Jangan terlalu banyak retorik, kerana ia bakal mengundang dosa besar yang sukar dimaafkan.

KAK MIN RONGGENG, KANG MIN KONGKANG

Azmin Ali atau lebih mudah saya panggilkan dia sebagai Kang Min. Kalau dia boleh berikan gelaran kepada Kak Min, calon Bebas PRK Penanti sebagai Minah Ronggeng, tiada sebab Kang Min boleh melenting bila saya berikan gelaran Kang Min Kongkang.

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/13078/KONGKANG_1.jpg

comelnya kongkang, tapi dipercayai banyak membawa keburukan dan malapetaka

Kak Min dikatakan sebagai wanita ronggeng kerana berani mendedahkan apa yang berlaku dalam PKR dan sanggup mencabar kepimpinan parti itu yang terlalu "asyik menyalahkan orang lain, tetapi sebenarnya busuk di dalam." Bak kata sesetengah orang, buah fikir dan butir-butir percakapan pemimpin PKR tak ubah seperti limau madu siam. Cantik kelihatan, bersih dan menawan di luar, tetapi apabila memakannya menyebabkan kerongkong kering dan mungkin menyebabkan batuk berpanjangan. Itulah yang berlaku dalam PKR.

Syabas Kak Min, rahsia dan komplot pemimpin besar PKR sanggup didedahkan biar banyak orang tahu. Bila orang tahu, tak payah lah nak gegarkan seluruh langit politik, bumi pun tak mampu lagi menerimanya. Maka tersungkurlah PKR bersama burung-burung phoenix, yang kedengarannya adalah namanya. Wajah, hanya yang tinggal adalah lakaran dalam imajinasi orang-orang tertentu termasuk para seniman.

Saya panggil Kangf Min Kongkang kerana dia merupakan pemimpin muda yang hebat dalam melakarkan strategi membelasah keyakinan orang. Dia akan buat pelabelan dan meletakkan semacam bar code kepada musuh politik yang dibelasahnya. Kang Min seperti kongkang, sejenis binatang kecil yang bersifat pemalu, tetapi dalam nilai budaya Melayu, binatang itu dipercayai membawa sial. Sesiapa membelanya, boleh menimbulkan kebencian jiran.

Menurut seorang bomoh tradisional, kalau ingin menyisihkan jiran, hanya perlu digunakan ialah tulang punggung kongkang. Tulang punggung itu perlu digariskan di atas tanah di depan pintu pagar rumah tertentu. Setiap mereka yang lalu-lalang akan membenci tuan rumah tersebut, kesannya penghuni itu bukan sahaja dipulau, malah dibenci.

Saya mula membenci Kang Min apabila dia terus mempertahankan godfathernya, DSAI. Saya mulanya amat menyanjungi DSAI sebagai seorang pemimpin pelajar yang penuh semangat perjuangan dan visi Islam. Tetapi, apabila dia mula menjejakkan kaki dalam kuasa politik, dia lupa segalanya.

Dia membeberkan kata-kata menghina orang lain yang tidak sehaluan dengannya, walaupun perkataan yang dihamburkan itu tidak pernah lengkap. Orang dapat menangkap maksudnya. Kalau bercakap, memang fasih, tetapi kefasihannya itu membunuh orang lain, menghentam orang lain agar ikut membenci orang yang dibelasahnya.

Monday, May 25, 2009

KATA ANTI RASUAH, TAPI PKR LAGI HAPRAK

Sudah terang lagi bersuluh. Itu mungkin dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam PKR sekarang. Atau, kata dulang paku serpih. Itu juga mungkin peribahasa yang boleh menggambarkan sikap sebenar pemimpin-pemimpin PKR sejak dua tiga menjak ini.

Terbaru mengenai pendedahan bekas Ketua Wanita PKR mengenai tawaran agar menarik diri dan tidak bertanding dalam PRK Dun Penanti. Jika menarik diri, akan diberikan wang saguhati berjumlah RM 80,000.00 dan dilantik sebagai pengerusi (Yang Di Pertua) sama ada Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Mungkin kalau tak salah, Pulau Pinang sudah diisytiharkan sebagai bandaraya sejak lebih sepuluh tahun lalu. Yang uniknya, Pulau Pinang tidak ada jawatan sebagai Datuk Bandar, bebanding lain-lain bandaraya. Yang peliknya kerana jawatan nombor satu dalam kedua majlis perbandaran itu adalah khusus untuk orang politik. Sejak sekian lama sorong tarik jawatan itu menjadi rebutan oleh tokoh-tokoh politik dari parti yang berkuasa.

Kebiasaannya, untuk MPPP secara tradisinya diberikan kepada Gerakan (kerana sejak tahun 1969, Gerakan menjadi peneraju politik di bahagian pulau) manakala MPSP diberikan kepada UMNO (peneraju politik di bahagian seberang).

Bila kerajaan campuran DAP-PKR-PAS mengambil alih, tradisi meletakkan keturunan Cina dikekalkan sebagai YDP MPP. Mungkin kerana Ketua Menteri sedar, jika menyisihkan orang Melayu bahagian tanah besar, ia akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kuasanya dalam PRU ke-13 nanti. Makanya, tentulah logik untuk diberikan kepada PKR untuk menentukannya, kerana PKR lebih kuat di tanah besar.

Sogokan jawatan turut ditawarkan kepada bekas pemimpin wanita PKR itu. Meneruskan hasrat bertanding dan menang dalam PRK Penanti, turut ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Syaratnya kembali ke pangkuan PKR.

Harap-harap SPRM dapat menyiasat pendedahan tersebut dengan pantas . Hasil siasatan itu perlulah diberitahu kepada masyarakat, biar DSAI membuat tuduhan lagi. Kita faham, walau apapun yang didedahkan terhadap keburukan PKR, DSAI akan membuat helah. Dia akan katakan, apa yang dia suka kerana itulah sikapnya selama ini. Orang sudah lali dengan perangainya yang gemar menuduh dan menenggelamkan sesetengah fakta.

Putar belitnya melebihi dari putaran angin ribut. Tapi, sebenarnya akan memusnahkan kredibilitnya sendiri. Ramai penduduk Penanti menyesal kerana hingga kini tidak ada banyak yang telah dilakukan untuk kemudahan masyarakat. Jalan semakin berlubang, tapi banyak menyalahkan orang lain. Jenayah semakin meningkat, tapi banyak mengharapkan polis. Dia mungkin tidak sedar, menghapuskan jenayah adalah tugas semua anggota masyarakat.

Apakah DSAI pernah menyamar waktu malam dan menangkap penjenayah? Jika DSAI berbuat demikian, saya akan tetap sanjunginya sebagai pemimpin terbaik pernah dilahirkan di Cerok Tok Kun hatta Malaysia. Tapi, kalau hanya bercakap, bercakap dan mengharapkan orang lain menyelesaikannya, berhentilah menjadi Ketua Pembangkang. Berikanlah kepada orang lai. Cukup le, bertaubatlah sebelum lebih banyak lagi dosa sosial dilakukan.

Sunday, May 24, 2009

LIPAS DAN LOYA TRAUMA DI PENANTI

Ahad, hari kedua selepas penamaan calon DUN Penanti, Tokai terasa loya sekali. Loya bukan kerana tak mampu menghadamkan ucapan-ucapan politik DSAI malam tadi. DSAI cuba memutarbelitkan kenyataan dan hakikat kenapa perlunya ada pertandingan DUN Penanti. Beliau asyik melemparkan tuduhan, BN atau UMNO takut untuk berhadapan dengan suasana politik sekarang.

Tokai terasa loya apabila hampir 3 suku pinggan nasi, tiba-tiba ternampak seekor anak lipas mati dalam nasi rakan di sebelah. Rakan saya yang begitu lapar kerana kami belum lagi menjamah makan tengah hari walaupun jam sudah melepas pukul 5.00 petang.

Setelah selesai melakukan tinjauan di beberapa tempat, kami bercadang untuk mengambil makan tengah hari di kedai-kedai makan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Kami setuju kerana selepas makan, kami terus boleh berehat di rumah sewa sementara menunggu jam 9.00 malam.

Kami makan dengan berselera sekali ayam kampong gulai dan ikan bawal goreng. Dalam keadaan yang lapar, kami makan dengan penuh selera sekali. Apabila rakan saya menunjukkan anak lipas dalam pinggan nasinya setelah mencedok kuah ayam kampong gulai, kami tiba-tiba berhenti.

Tuan kedai dan pekerjanya asyik melihat demontrasi menggoreng keropok lekor. Saya memanggil salah seorang pekerja, tapi dia merujuk kepada seorang wanita yang mengidangkan nasi kepada kami. Tidak seorang pun datang. Saya kecewa dengan sikap itu, setelah lebih sepuluh minit belum ada permohonan maaf, saya memanggil seorang lagi pekerja yang mengambil tempahan kami pada awalnya.

Kami sedar, saya juga yakin pengusaha itu bukanlah rakyat tempata. Gaya percakapannya berbau telor kelantan, yakni dari negara jiran. Tekaan saya mereka adalah dari Petani, Thailand yang memang ramai mengusahakan restoran tomyam.

Memangnya saya kurang minat dengan pengusaha tom yam, bukan kerana masakannya kurang sedap, tetapi cara mereka mengendalikan masakan adalah kurang bersih. Walaupun kedai dilihat bersih, tetapi kaedah memasak dan perkakasan memasaknya penuh dengan lebihan minyak, arang dan sebagainya. Tapi, kotornya tidaklah sampai memualkan sesiapa yang melihatnya.

Kalau dibuat skala penilaian, gerai tom yam berada dalam skala 4 atau 5, iaitu skor sederhana. Namun kalau dibuat penilaian skor harga, berada pada tahap 7 hingga 8 mahal. Begitu juga dengan penggunaan msg (bahan perisa makanan), skornya boleh menyesakkan nafas antara 9 hingga 10. Hati-hatilah kalau nak makan tom yam, jika rasanya manis dan mengancam selera, petandanya banyaklah msg digunakan. Dia bukannya gunakan msg yang disahkan mempunyai sukatan bahan perisa yang dibenarkan (kandungan dan proses campuran) tetapo msg yang dibeli secara timbangan, tanpa jenama. Ada setengahnya diimport daripada Thailand.

Kita perlu sedar, bukan semua barang makanan daripada Thailand bagus. Buah-buah dan sayur-sayuran paling banyak mengandungi racun, dan kerana itulah jika mengambil buah-buah tersebut, penampilannya memang menarik, bahayanya memang besar. Ambil sahaja cara mereka memasarkan jambu batu. Mereka menggunakan warna, sama ada hijau atau merah dan dipanggil epal madu atau jambu epal. Manisnya bukan main, tapi kemanisan itu adalah disebabkan direndam dalam larutan ibu gula.

Pasal loya tu, kami cepat-cepat membasuh tangan. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an menghampiri kami dan meminta kami hanya membayar untuk minuman sahaja. Itulah keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan restoran itu, lokasinya di hujung deretan kedai dan di luar pagar sekolah rendah di Alma Jaya.

Kami terus pulang ke rumah saya yang jaraknya hanya sekitar 200 meter. Kawan saya terus memasuki bilik air dan muntah-muntah. Bila keluar dari bilik air, terus tertidur keletihan. Memangnya kami sudah bertekad tidak akan makan lagi di kedai tersebut walaupun kempunan ayam goreng berempah. Bila melintasi restoran itu, kami terus memalingkan muka kerana sensitif dengan lipas. Bagaikan sebuah trauma, trauma mungkin sepanjang

Saturday, May 23, 2009

BERMULALAH SATU EPISOD BARU PENANTI

PRK Penanti, suis perlumbaan sudah pun bermula. Setakat maklumat yang diterima hanyalah gerombolan petugas kempen PKR yang memulakannya tapi masih dalam gear pertama. Tapi mungkin di sepanjang perlumbaan selama sembilan hari ini ferrari kepunyaan PKR tak sempat nak masuk gear lima.

Pemandunya tidaklah sehebat Lewis Hamilton ataupun Hakinen dua beradik. Mansor nampaknya tidaklah sehebat mana, di lihat daripada kedutan dan garis-garis usianya, tak mampu lagi untuk berlari sederas raja pecut Malaysia yang pernah mencipta nama, Rabuan Pit. Mungkin kuasa angin yang ditalakan oleh pengaruh DSAI yang boleh membantu memberikannya kemenangan.

Pernah kalah bertanding. Jadi Setiausaha politik DSAI pun tak lama. Tapi mungkin kerana banyak bercakap mengenai politik secara ilmiah, pernah mengajar dan belajar sains politik , itulah modal yang ada padanya. Nak kata mempunyai ciri-ciri primodial dalam masyarakat Penanti, Mansor tidak ada apa pun. Dia orang Kedah,......

Mungkin Mansor akan menerima pukulan kilas oleh calon Bebas, yang dulunya banyak tahu mengenai perjuangan PKR. Aminah Abdullah, walaupun namanya agak berbau klasik, jangan lupa mampu menggugat kempen PKR kali ini. Dia tahu banyak, kerana pernah memimpin wanita PKR suatu ketika dulu, iaitu sebelum bosan dengan "catur politik dalaman PKR."

Calon-calon lain, iaitu tiga orang lagi atas tiket Bebas, rasanya tidak banyak membantu menggugat PKR, kecualilah penyokong-penyokong PAS Penanti melaksanakan "undi protes" dengan tidak mengundi calon PKR. Penanti merupakan satu-satunya kawasan tradisi dan kubu PAS di Pulau Pinang.

Ada yang bertanyakan saya, antara Mansor atau Aminah, siapa yang saya akan pilih. Jawapan saya hanyalah mudah, jika saya membuat pilihan pun pilihan saya tidaklah tempat. Saya bukanlah pengundi DUN Penanti, walaupun ada beberapa orang kaum kerabat yang mengundi di sini. Saya orang luar, tapi saya kerap mengunjungi Pulau Pinang, dan banyak juga pengetahuan mengenainya.

Mansor saya kenal dia. Saya kenal kerana dia pernah calon Keadilan dalam PRU 2004 di bahagian Pulau, tapi tewas. SAya pernah jumpa dia dan bercakap dengan dia sebelum memilih untuk bertugas sebagai Setiausaha Politik DSAI pada tahun 1997. Dia pernah berikan "kad niaganya", dan saya dalam diam membuat komen bahawa " akan hilanglah sengat akademiknya".

Bila bossnya disingkirkan, saya sekali lagi membuat ulasan secara diam "sayang, tidak lama jadi setiausaha politik. Belum pun cukup satu penggal. " Akhirnya saya jumpa beliau bersendirian beberapa kali di pasar Ramadhan sekitar pasar Bayan Baru dalam tahun 2000.

Puan Aminah saya tidak kenal secara peribadinya. Tapi berdasarkan "apa yang dicakapkannya" selepas penamaan calonnya disahkan oleh SPR, maka jelaslah banyak kisah yang bakal dipaparkan mengenai PKR. Saya menunggu, bukan sahaja tidak sabar, tapi akan saya analisis setiap hari di sepanjang kempen di Penanti ini. Meskipun tidak semuanya akan saya tulis, mungkin akan menjadi bahan yang amat berguna suatu hari nanti.

Mungkin boleh saya dokumenkan menjadi sebuah memoar mengenai sejarah perjalanan politik Malaysia sejak merdeka hinggalah ke PRU 13, insyaAllah.

Friday, May 22, 2009

NIZAR NGANGA, SIVAKUMAR TELOPONG

TOKAI ucap tahniah kepada Dr. Zambry, tapi tidaklah pula sampai nak titipkan salam takziah kepada Nizar. Biarlah Nizar faham apa maksud keputusan panel juri dalam membuat keputusan rayuan mengenai keudukannya sebagai Menteri Besar.

Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan sebelumnya apabila memberikan keputusan Nizar sah sebagai Menteri Besar Perak. Setelah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak, petang tadi Tokai tunggu keputusan apa kah kesudahannya politik Perak. Amat terang lagi kesimpulan yang diambil oleh panel juri, Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Tokai harap Dr. Zambry cepat-cepat lah buat majlis doa selamat dn kesyukuran kerana Allah SWT telah memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pengundi dan rakyat negeri Perak. Kita tidak mahu Nizar yang kemaruk kuasa itu akan menggelegakkan lagi kepanasan politik Perak dengan memecat lebih ramai lagi kakitangan awam yang tidak sehaluan dengan kehendak politiknya.

Dengan memecat kakitangan awam, sama ada perkhidmatan negeri atau persekutuan, bermakna turut menganiayai kehidupan orang lain. Kalau lah dipecat kerana kakitangan awam atas alasan kukuh--ponteng kerja, rasuah, kayu mati atau perintah mahkamah -- ramai orang menyokong, tetapi perlu menurut prosedur pula. Nizar tiak boleh memecat seseorang kakitangan awam sesuka hati dan berdasarkan geraka hati.

Dr.Zambry boleh dengan lapang dada "meneruskan sidang dewan" yang tertangguh kerana perlakuan biadab wakil-wakil rakyat pembangkang. Perilaku mereka tak ubah perangai budak nakal, berdiri di atas meja, menengking dan menggertak pihak yang dianggap lawan. Sepatutnya tidak berlaku dalam Dewan Undangan Negeri yang dihormati dan dimuliakan. Jika bukan wakil rakyat melakukan perkara tersebut, sudah tentu pelbagai kutukan telah mereka lakukan. Tapi, bila mereka sendiri lakukan, mula mencari helah yang lain, kononnya "mengkhianati rakyat."

Yang mengkhianati rakyat ialah gerombolan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) yang menggunakan platform rakyat, bercakap atas nama rakyat, tetapi sebenarnya gilakan kedudukan. Lihat perangai mereka, bila tidak mendapat kepercayaan majoriti wakil rakyat, tidak sanggup menyerahkan kenderaan Toyota Camry yang baru dibeli, keluar daripada kediaman rasmi dan dalam kempen PRK Bukit Gantang menjajakan "tidak ada bukti beliau dipecat. Kereta rasmi masih boleh pakai. Rumah rasmi boleh tinggal." Tapi Nizar lupa, rasmi Melayu menghormati titah perintah Raja tidak diendahkan. Itulah Nizar sebenarnya.

Ucapannya penuh hujah membelit kepercayaan rakyat. Apa lagi hujah yang akan digunakan, BN tak bertanding di Penanti kerana takut dihukum oleh isu Perak. Apakah beroleh momentum baru bila keputusan Mahkamah Rayuan tidak menyelebahi pakatan PAS-DAP dan PKR dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sayu dan hiba sekali. Tapi, yang lebih menyiksakan ialahNizar sendiri akan nganga memerhatikan wajah buram dan suram bulan manakala Sivakumar telopong mengira bunga durian gugur, buahnya tak menjadi kali ini.

Tuesday, May 19, 2009

DAP DALANG WAYANG KULIT NIZAR

V.Sivakumar menuduh kerajaan Perak pimpinan Dr. Zambry sebagai "kuda kepang". Sebagaimana sifatnya "kuda kepang", ia tidak boleh bertindak bersendirian, "ia tidak boleh bergerak".

Jika itulah gambarannya, maka Sivakumar perlu juga mencari gelaran bagi menggambarkan bentuk kerajaan yang dipimpin oleh Nizar. Sebelum krisis, Nizar hanyalah dilihat sebagai wayang kulit, manakala dalangnya adalah DAP. Lain-lain anggota PKR hanyalah sekadar pemain muzik, termasuk peniup serunai. Setiap pergerakan dialunkan menurut melodi, sama ada bernada marah, tenang ataupun sedih.

Pak Dogol, yang merupakan watak yang hodoh tetapi paling berkuasa. Manakala hanuman sebagai watak pahlawan yang gagah perkasa. Maka DAP menjadi hanuman, Pak Dogolnya ialah Nizar yang terpaksa menurut telunjuk yang diminta oleh hanuman. Oleh itulah Nizar sanggup meluluskan pemberian tanah yang luas kepada orang-orang yang berada di sekitar watak hanuman. Pemberiannya ialah selama 999 tahun, kenapa tidak kekal selama-lamanya?

Pak Dogol yang tonggek itupun tidak faham. Pak Dogol yang mendapat berita gembira apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan sah sebagai Menteri Besar mengambil langkah paling harakiri dalam karier politiknya. Dia pecat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang. Dia pun mengisytiharkan Sidang Bawah pokok sebagai sah. Tak sampai 24 jam berkuasa, dia lakukan apa sahaja bagi menunjukkan kuasanya.

Pak Dogol yang kemaruk kuasa itu mungkin telah termakan spinach yang memberikan kekuatan mengalahkan Popeye. Mungkin juga setelah beberapa bulan menunggu selepas diisytiharkan tidak mendapat majoriti, ia mengumpulkan kekuatan melalui spinach itu. Agaknya le?

Kita pun menjadi keliru apabila tidak seorang PAS menentang apabila Ngeh menggunakan ayat Qu'ran, walhal suatu ketika dahulu Nik Aziz menyelar Kementerian Pelajaran yang berhasrat untuk mengambilalih sekolah-sekolah agama negeri (SAR dan SMAN). Tok Guru bercakap depan para pelajar di Timur Tengah, pada zaman khalifah dahulu (merujuk kepada zaman Khalifah ar-Rasyidin), orang bukan Islam tidak berhak bercakap mengenai Islam. Jika dilakukan juga bererti boleh dikenakan hukum bunuh.

Tapi bila Ngeh membaca ayat Qur'an untuk membantuk kempen PAS, kenapa tidak ada fatwa tersebut dikeluarkan oleh Tok Guru. Tok Guru hanya menyatakan ia tidak salah dan dibolehkan dengan memberikan contoh tindakan orientalis mengkaji Islam. Nampaknya bila berpihak kepada PAS, dihalalkan dan tidak berpihak kepada PAS diharamkan.

Kalau tidak konsisten atau double standard ini, dalam Islam tentunya boleh dikatakan m.....k? Tok Guru tentunya lebih maklum kerana Tok Guru belajar agama hingga ke Aligarh, India dan Mesir. Saya hanya belajar agama sedikit sahaja, itu pun di tepi masjid (bukan dalam masjid).

Sesekali dengar Tok-tok guru mengajar, tapi tidak duduk dalam masjid, kerana sebahagian besar orang dalam masjid "mengharamkan" pemakai jeans ketika itu. Saya memangnya tidak mempunyai seluar lain, kecualilah jeans, maka saya berada di luar masjid untuk mendengar syarahan tok-tok guru setiap malam Jumaat, jika saya tidak meninggalkan kampong.

Hei. hei apa dah jadi ni: Hari ini boleh, tapi kelmarin haram? Tunggang terbalik jadinya. Harunya haru dek kerana politik, apa pun boleh termasuk "menjaja agama", dan menukarkan prinsip asal perjuangan. Saya kembali menyemak beberapa tulisan Professor Zulkifli dan beberapa orang pengasas PAS awal untuk mencari kebenaran perjuangan dulu, kini dan selamanya oleh mereka yang bernaung di bawah perjuangan Islam.

Monday, May 18, 2009

BN TIDAK TANDING, PKR KEBINGUNGAN

BN membuat keputusan tidak bertanding bagi PRK DUN Penanti yang bakal diadakan hujung bulan ini. Strategi PKR yang cuba mengheretkan BN tidak mengena kali ini. BN dapat membaca strategi PKR yang cuba nak menenggelamkan masalah dalamannya dengan cara mual dan meloyakan.

Apa tidaknya kerana kegagalan Fairus melaksanakan tanggungjawabnya setelah menang dalam PRU ke-12, pengundi Penanti merungut dan tidak berpuas hati. Walaupun pernah diberikan kata dua oleh DSAI selepas menang PRK Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lalu, Fairus masih dengan alasannya: sibuk untuk merancang pelaksanaan kerajaan campuran di Pulau Pinang.

Jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 tidak memberikan faedah kepada pengundi Melayu, baik yang menetap di tanah besar mahupun bahagian pulau. Banyak yang dia tidak buat untuk kepentingan orang Melayu, kerana orang Melayu Pulau Pinang telah lama dipinggirkan hatta masa DSAI berkuasa pun tidak banyak yang dia lakukan.

Banyak diambil tanah-tanah orang Melayu atas nama pembangunan. Tetapi akhirnya pembangunan itu tidak dimiliki oleh orang Melayu, orang Melayu ramai berhijrah ke Kedah, antaranya Kulim dan Sungai Petani. Nak beli rumah yang asalnya tanah kepunyaan Melayu, harganya terlalu mahal. Harapkan rumah murah, tak cukup tanah nak bina kerana harga tanah melambung naik sehingga ada sampai lebih RM 300 sekaki persegi.

BN tidak bertanding bukan takut, tetapi Menurut Datuk Seri Najib "tidak mahu ikut rentak pembangkang." Nampaknya, PKR akan menghadapi pertandingan sesama sendiri kerana salah seorang calon Bebas adalah bekas Ketua Wanita Keadilan. Jika PAS bersedia meletakkan calonnya, Mansor yang bukan berasal dari Pulau Pinang akan berhempas pulas. Mansor orang Kedah, tetapi kerana pernah mengajar di USM (khususnya di Pusat Penyelidikan Dasar), tak tahulah apa pengundi Penanti akan lakukan.

Mansor hanyalah bergantung kepada tuah DSAI. Tapi kena ingat, DSAI akan turut lakukan perkara yang sama jika Mansor tidak mampu menari mengikut rentaknya. Fairus telah dikorbankan, mungkinkah kali ini Mansor akan menjadi "lembu laga" dalam melaksanakan sorong tariknya dengan Lim Guan Eng. Ingatlah bahawa yang menguasai Pulau Pinang ialah DAP, bukannya PKR.

DAP tidak pernah konsisten dengan tindakannya. Dulu bapanya menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang kerana tidak diperlukan. Pembinaannya adalah satu tindakan membazir. Tapi kali ini Lim Guan Eng mahukan pembinaan Jambatan Kedua. Tapi kali ini bukan alasan membazir.

DUIT, DUIT PAS PUN JADI TAK KERUAN KERANANYA

Heboh juga dalam serban orang-orang PAS. Setelah kemas melilit kepala, serbannya tertanggal juga suatu hari. Setelah diletakkan di atas meja, turun ke dapur mencari nasi yang sedia terhidang, akhirnya terjumpa beberapa helai kertas berharga terselit di celah-celahnya. Siapa yang memberi belum lagi dipastikan. Yang pasti duit itu ada, ada yang menerimanya.

Maka kecohlah sekian yang ada. Puak yang satu lagi kata, tidak ada penggunaan wang untuk mendapatkan undi dalam pemilihan bulan Jun nanti. Tapi, yang sedapnya Tok Guru seperti biasa menggunakan kaedah pemikiran jalan ketiga, iaitu "jika orang beri ambil, tapi jangan undi orang itu."

Tok Guru pandai bersilat. Dia tidak kata ya atau tidak adanya politik wang dalam PAS. Dia hanya suruh ambil dan suruh tidak mengundi yang menggunakan politik wang bagi mencapai tujuannya. Seperti juga Tok Guru membuat saranan, dalam mana-mana pilihan raya sekalipun dia meminta para pengundi melakukan perkara yang serupa. Tapi, lain pula ceritanya. Duad Iraqi sanggup menghadapi tindakan disiplin kerana sungguh-sungguh mahu mendedahkan amalan politik wang dalam PAS.

PAS yang terkenal dengan imej Islam turut melaksanakan politik wang. Maknanya PAS tidak lagi dapat menyembunyikan dirinya lagi. PAS mengamalkan rasuah untuk "membeli undi" kerana PAS sudah dilanda gejala tamak. Sesetengah pemimpin PAS yang kaya sama ada secara kaya semula jadi hasil warisan keluarga, usaha sendiri atau pulas lembu-lembu tertentu untuk dapatkan habuan, menggunakan duit untuk mencapai tujuan.

Itulah apabila melibatkan diri dalam sebarang pilihan raya, jentera PAS nampak lebih mewah dariapad puak-puak sekular yang lain. Pemimpinnya pakai baju lebih mahal, tapi ada ketikanya buat-buat bodoh sahaja, termasuk sanggup mengorbankan keseimbangan ekologi di Stong untuk membuka ladang kelapa sawit.

Apa tujuannya, tentunya telahan setengah orang ada hubung kait dengan usaha untuk mendapatkan hasil oleh puak-puak tertentu bagi membiayai sesuatu program politiknya. Kita dapat lihat banyak sekali tanah tinggi dibuka dan diteroka sekitar Lojing. Kenapa? Benarlah untuk memberikan peluang pekerjaan dan menjanakan pendapatan, tetapi siapa yang menerokainya? Siapa yang bekerja? Berapa ramai anak buah dia? Berapa ramai rakyat tempatan?

Saturday, May 2, 2009

TEORI KELAM KABUT BERGEMA LAGI

Chaos theory atau teori kelam kabut yang asalnya digunakan untuk bidang kaji iklim, kini semakin giat digunakan oleh PKR dalam memprojekkan imej parti tersebut. Berdasarkan analisis Muthurasan yang menulis buku Strategi Kemenangan Anwar, teori tersebut telah berjaya memberikan kemenangan kepada DSAI sehingga dianggap sebagai "Perdana Menteri Dalam Penantian."

Kali ini DSAI cuba memindahkan imejnya yang tercalar atas kegagalan "menjadi Perdana Menteri" dengan mencipta gelombang baru untuk Penanti. Beliau seolah-olah memaksa Fairus meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan seterusnya mengosongkan kerusi DUN bagi membolehkan godfathernya membuat percaturan politik terbaru. Walaupun Fairus bebas daripada tuduhan rasuah, beliau tetap tidak mahu dipanggil wakil rakyat lagi. Mungkin Fairus termakan hati apabila selepas kempen PRK Permatang Pauh bulan Ogos 2008, DSAI telah memberikan kata dua kepada beliau.

PAS yang sedang menghadapi gelora dari dalam, turut terasa kesan gelombang sokongan terhadap DSAI apabila kumpulan erdogan mula mencabar kepimpinan ulamak. Berdasarkan rentak tulisan Nik Abduh, ternyata ada kumpulan yang cuba melaga-lagakan antara Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi. Lagaan itu tentunya daripada mereka yang mempunyai hubungan sejarah dengan DSAI.

Kumpulan ini merupakan golongan profesional dan mempunyai kemampuan kewangan. Ia juga dikaitkan dengan penguasaan akhbar (Wasilah dan Harakah) dan penulis-penulis blog (penarik beca, kickdelfella, tranung kite dan sebagainya). Mereka menggunakan saluran ini untuk mempamerkan perjuangan mereka sehingga mengetepikan mandat dan idelalisme pemimpin PAS yang lain termasuk TOk Guru dan Tuan Guru.

Jika benar apa yang dipaparkan oleh lidah pengarang Minggguan Malaysia pagi ini, ternyatalah bahawa kumpulan erdogan yang menentang "kerajaan campuran" merupakan mereka yang benar-benar bersengkongkol dengan DSAI. Mereka ingin mencari pengaruh dan mendapat ruang di atas kebangkitan DSAI yang sedang gigih berusaha untuk melangkah ke Putrajaya walaupun telah gagal beberapa kali.

Dengan setiap ketika mencipta momentum pilihan raya, DSAI mungkin beranggapan kegigihannya itu akan dilihat sebagai satu perjuangan. Tetapi, sampai bila masyarakat boleh menerimanya, kerana sudah terlalu panjang kempen pilihan raya di adakan walaupun kepimpinan negara sudah semakin stabil dan mendapat sokongan umum. Rakyat sekarang sedang berhempas pulas untuk mencari kaedah bagi mengurangkan kesan kelembapan ekonomi sudah tidak mampu lagi menaruh harapan kepada pemimpin yang suka mencipta kelam kabut.

Mungkin juga DSAI sengaja mencipta perangkap agar BN akan bertanding di DUN Penanti, walaupun PKR meletakkan calon yang tiga kali tewas dan tidak pernah menang dalam pilihan raya, kedegilan Pemuda PAS Permatang Pauh untuk meletakkan calon walaupun tidak dipersetujui oleh PAS Pusat dan pengumuman Ketua Wanita PKR untuk menawarkan diri sebagai calon Bebas, tetap menarik.

BN dianggap takut jika tidak meletakkan calon dan bakal kecundang jika ikut bertanding kerana DUN Penanti merupakan kubu PKR. Walaupun pada asasnya ia merupakan kubu PAS, tetapi keadaannya berubah apabila PAS menerima DSAI sebagai sekutu kuatnya. Yang mungkin boleh mengecutkan perut DSAI ialah apabila PAS tetap membuat keputusan untuk "meneruskan kerajaan campuran dengan BN" demi kekuatan Melayu_Islam. PKR dilihat tidak banyak membela dan mempertahankan Melayu_Islam, sebaliknya berhasrat meliberalkan semua berasaskan prinsip kesamarataan.

PKR yang mendokong sosialisme, tentunya akan membuat perubahan radikal jika memerintah. SEbagaimana sifat sosialisme, proses memiliknegarakan semua bentuk industri dan infrastruktur awam, corak kempimpinan lebih autokratik, tidak memberikan ruang kepada kapitalis (pemodal) akan menghadapi masalah. Ekonomi negara tidak akan menerima pelaburan langsung yang besar, sistem kewangan terkawal ketat dan sebagainya.

Tokai sememangnya tidak setuju apabila DSAI pernah mengatakan perjuangan beliau ialah sosialisme Islam. Tidak ada istilah itu dalam Islam. Islam bukan sosialis, Islam adalah cara hidup yang sempurna dan tidak perlu meminjam atau menambahmasuk ideologi ciptaan Karl Marx itu yang mengetepikan kedudukan Tuhan.