Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijemput berceramah nampaknya beria-ia mengingatkan pengundi India di Bukit Selambau jangan berpecah belah. Kata mereka ini lah peluang terbaik bagi masyarakat India membuat pilihan – memilih calon keturunan India dari parti itu jika suara mereka ingin didengar di DUN Kedah.
Nampaknya PKR mula takut dan melihat peluang mereka untuk menang kali ini agak kritikal. Mana tidaknya, selain calon PKR sendiri, ada enam lagi calon keturunan India bertanding. Satu dari Barisan Nasional (BN), enam lagi calon bebas.
Memang masyarakat India Dun Bukit Selambau punya banyak pilihan ketika ini. Tapi dalam membuat pilihan juga mereka perlu ingat. Kalau setakat calon yang dicanang oleh PKR dilantik sebagai Exco tapi tak menyumbang kepada pembangunan Bukit Selambau tak guna juga kan? Kalau undi calon bebas pun, apa yang boleh mereka buat?
Cuba lah imbas semula apa yang sudah dibuat oleh ahli DUN PKR sebelum ini. Kononnya dulu bertanding atas tiket bebas – nak bela rakyat. Sebab tu dia menang. Tapi ramai juga yang kecewa apabila Arumugam lompat PKR. Tak mustahil juga calon bebas yang bertanding kali tak kira lah sama ada calon tu orang Melayu ke, India ke atau Cina ke, tentu akhirnya akan mengikut jejak Arumugam. Maklum lah siapa yang tak nak jadi exco. Banyak kelebihannya kan!
Kepada pengundi Bukit Selambau, renung-renungkan lah. Fikir-fikirkan lah dengan mata hati. Apa yang rakyat perlukan ialah pembangunan berterusan. Bukannya duduk di kerusi pemerintah dengan mencari, membongkar dan mengada-adakan salah orang lain. Dah setahun diberi peluang, patutnya rakyat Kedah sudah nampak semua tu.
Tentu orang Bukit Selambau pun kecewa kan. Mana tidaknya. Waktu penamaan calon tempoh hari, tak nampak pun muka-muka pemimpin kanan PKR atau Pakatan Rakyat lain. Dengar ceritanya mereka ni banyak berkubu di Bukit Gantang. Kononnya nak beri sokongan kepada Dato’ Nizar. Bukit Gantang lebih penting berbanding Bukit Selambau. Akibatnya entah sapa-sapa yang dihantar untuk memberi semangat kepada calon PKR di Bukit Selambau. Kalau penyokong PKR tak sedar akan benda ni, tak tau lah.
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment