Sunday, March 22, 2009

Apa dah jadi??


Macam mana ni…S. Manikumar yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal-awal lagi dah ditolak oleh penyokong parti itu. Apa yang diberitahu, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan S. Manikumar. Alasannya, beliau tidak berpengalaman dan kurang dikenali penduduk setempat.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ada alasan tersendiri untuk memilih M. Manikumar. Kata beliau, kaum India tidak mempunyai wakil dalam DUN kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Jadi S. Manikumar paling layak untuk mewakili kaum India di Bukit Selambau selepas peletakan jawatan Arumugam. Tapi daripada cakap-cakap orang di sini lain pula ceritanya.

M. Manikumar yang baru berusia 35 tahun dianggap terlalu muda. Malah tidak berpengalaman juga kurang mendapat tempat di hati pengundi keturunan India. Kata mereka bila calon muda ini diketengahkan dan tidak berpengalaman dalam politik, akan banyak memberi masalah nanti. Mereka juga keliru atas sebab munasabab apa maka M. Manikumar dipilih.

Bila penyokong sendiri dah mempersoalkan pemilihan calon, memang berat masalah ni. Mana lah tau, sokongan yang diharapkan boleh bertukar sebaliknya. Tambah lagi dengan jumlah calon bebas yang ramai. Mereka boleh pilih mana yang mereka suka. Lebih-lebih lagi calon yang diketengahkan oleh BN nampak gayanya lebih berwibawa. Lebih diterima masyarakat India di sini.

Bila dah kecoh macam ni, tak kan mereka duduk berdiam diri. Khabarnya sudah ada usaha yang dibuat oleh pemimpin PKR untuk menaja calon bebas berketurunan India. Nampak gayanya mereka sudah tidak yakin dengan keputusan yang sudah dibuat. Apa dah jadi?



No comments:

Post a Comment