Friday, April 3, 2009

Janganlah marahkan nyamuk, kelambu hendak dibakar

Lelah Jebat balik dari pekan Bukit Selambau belum pun hilang balik. Tapi Jebat rasa ada benda yang perlu Jebat ceritakan di sini. Sambil minum petang dengan kawan kawan di pekan Bukit Selambau tadi, Jebat terfikir akan sesuatu yang Jebat rasa perlu dikongsi di sini.

Tadi semasa minum di satu warung di Pekan Bukit Selambau, Jebat dan rakan rakan duduk bersebelahan dengan meja satu golongan veteran yang berkopiah putih. Mungkin golongan veteran ini adalah jentera pilihanraya PAS kerana tidak jauh dari tempat Jebat minum itu terletaknya markaz PAS yang agak besar. Dengar ceritanya, Tuan Guru Nik Aziz akan berkempen di situ malam ini.

Jebat cuba memasang telinga tentang isi perbualan golongan veteran tadi dan rupanya benarlah jangkaan Jebat yang mereka adalah jentera pilihanraya PAS. Jebat cuba menilai akan rupa paras golongan veteran tersebut. Bukanlah Jebat hendak bersifat kurang ajar pada orang yang lebih berumur tapi dari pemerhatian Jebat penyokong penyokong dari parti ini agak kurang kemas penampilannya. Agak serabut dan kadang kala nampak selekeh walaupun bukan semua tapi rata rata begitulah. Mungkin kurang dari segi pendapatan yang menyebabkan keadaan jadi sedemikian rupa.

Mungkin keadaan kurang pendapatan ini yang menyebabkan golongan ini menyertai PAS untuk melahirkan jiwa yang memberontak. Mungkin mereka merasakan seharusnya kerajaan membantu mereka dari segi wang ringgit yang perlu disalur terus kepada mereka. Biarpun harapan dan keinginan mereka ini tidak ‘economical’ kepada negara tetapi itulah yang mereka mahukan. Sukalah Jebat katakana di sini, biarpun Jebat dah lama menyertai UMNO tetapi tidak pernah sekali pun UMNO atau kerajaan menyalurkan wang ringgit terus kepada Jebat tetapi Jebat masih berterima kasih kepada kerajaan dan UMNO kerana menyediakan Jebat satu negara yang aman dan makmur lengkap dengan segala kemudahan. Jebat tidak boleh mengharapkan lebih daripada itu untuk kerajaan membelanjakan wang yang ada untuk kepentingan Jebat semata mata. Jebat ada anak anak yang sedang membesar. Duit negara yang ada sekarang hendaklah juga disimpan dan dilaburkan untuk kepentingan anak anak Jebat yang akan mewarisi negara yang tercinta ini. Itulah harapan Jebat sebagai ayah dan rakyat Malaysia.

Semua rakyat Malaysia dan rakyat Bukit Selambau khasnya perlulah sedar di bahu kita semualah terletaknya suatu tanggungjawab yang besar untuk terus memastikan Malaysia berada di satu landasan yang betul seperti sekarang. Janganlah mengulangi kesilapan yang sama seperti di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu kerana menghukum kerajaan kerana tuntutan jiwa kita yang memberontak. Sekarang kita lihatlah apa yang telah berlaku kepada negeri negeri dii bawah pimpinan pembangkang. Huru hara dan seperti tiada hala tuju. Kalaulah kita dapat pulangkan semula negeri negeri ini kepada kerajaan Barisan Nasional, Jebat rasa keadaan akan pulih seperti sediakala. Jebat rasa di dalam hati kecil rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu terselitnya rasa kekesalan. Kalau tidak hendak mengaku sekarang pun mungkin masa hendak melelapkan mata kita akan mengaku akan kesilapan ini.

Ingatlah khasnya rakyat Bukit Selambau, kerajaan yang telah terbukti berjaya dan penuh pengalaman meneraju negara adalah kerajaan Barisan Nasional. Janganlah kita mengambil pendekatan ingin cuba cuba untuk menukar kerajaan hanya kerana rasa jiwa yang memberontak kerana pertaruhannya terlalu besar iaitu negara. Janganlah kerana terlalu marah kepada kerajaan kita sampai hendak menggadaikan negara ibarat kata pepatah ‘JANGANLAH MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU HENDAK DIBAKAR’

Thursday, April 2, 2009

Datuk Seri Najib yang sabar sah dilantik sebagai Perdana Menteri

Pada jam 10:11 pagi sempurnalah hajat negara untuk memastikan kesinambungan kuasa, perubahan pemimpin secara tertib dan teratur dengan perlantikan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Bagi rakyat Malaysia, nama Najib Razak merupakan seorang ahli politik veteran yang dikenali, beliau mempunyai pengalaman yang luas delam kerajaan, sebagai menteri besar Pahang dan juga menteri di kabinet persekutuan.

Najib dikenali sebagai seorang yang penyabar, dia menunggu pintu ke Seri Perdana dengan begitu sabar dan tidak pernah memaksa diberi kedudukan tersebut walaupun ramai yang menyatakan beliau lebih layak menjadi PM ke 5.

Selain sikap sabar, beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak pernah terburu buru dalam membuat keputusan,

Walau setinggi mana pujian diberikan kepada Najib, tinggi lagi cabaran yang menggunung di depan beliau.

Kemelut ekonomi global, perpecahan politik, perubahan realiti mayarakat, kebebasan media, ketelusan pentadbiran dan juga serangan terhadap peribadi beliau.

Dengan perlantikan ini sempurnalah niat dan kehendak rakyat yang mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Hilanglah satu sumber kemarahan yang membakar protes terhadap Barisan Nasional di PRU12.

Kini tibalah masanya untuk semua penyokong BN dan mereka yang telah menikmati kemakmuran yang subur dibawah pentadbiran kerajaan sekarang bersatu dan berhenti berpolitik agar Malaysia dapat kembali memfokuskan usaha terhadap pembangunan dan mempertahankan ekonomi dari ribut global.


PKR akui silap mencalonkan Manikumar

Mood dalaman para petugas PKR mula berubah setelah beberapa hari berkempen kerana tindakbalas dari pengundi menunjukkan mereka telah melakukan kesilapan besar mencalonkan S. Manikumar bagi pilihanraya kecil di Bukit Selambau.

Tinjauan sikap pengundi menunjukkan bahawa mereka mungkin akan melakukan undi protes mementang PKR kali ini kerana merasakan Anwar tleh membelakangi kehendak dan tuntutan mereka.

"Kami memang dapat merasakan perubahan sikap dikalangan pengundi dan ini mungkin akan mengakibatkan kekalahan bagi S Manikumar," kata seorang petugas PKR.

Selain dari kemarahan pengundi, PKR juga terpaksa melawan kempen oleh dua bekas ahli parti tersebut yang mengambil tindakan berdidi sebagai calon bebas akibat tidak puas hati dengan perubahan sikap dalam PKR sejak memenangi banyak kerusi pada PRU 12 lalu.

"Ramai diantara petugas sendiri yang sudah mula terasa kurang senang dengan sikap DS Anwar yang hanya mendengar pendapat tertentu sahaja. Orang mula mengatakan beliau mengamalkan sistem kroni, itu yang tak sedap didengar.

"Ramai potensi calon tempatan yang lebih pengalaman, tapi bila Anwar dah berkenan cukup susah nak mengubah fikiran dia. Dia dengar bila kita cakap tapi jarang mengikut nasihat orang sekeliling. Itulah Anwar.

Dalam pada itu para petugas PKR juga sedang bersiap sedia menghadapi 'serangan' oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang berjanji untuk turun padang hujung minggu ini.

"Ramai rakyat Malaysia masih mahukan sumbangan Tun dan keputursan Dr M untuk kembali kepada Umno dan membantu mereka membersihkan parti sudah tentu melegakan ramai orang. Ye lah kalau BN dah bersih, apa sebab mereka nak undi PKR pula.

"BN dah teruji, PKR masih dianggap hingusan," katanya lagi.