Wednesday, April 1, 2009

Wayang Kulit Anwar Dah Basi

Cakap lah apa sahaja yang tidak betul tentang Anwar Ibrahim kepada penyokong beliau. Mereka bukan sahaja tak percaya silap haribulan kita pulak yang kena pukul. Tak tahu lah apa yang membuatkan mereka ni begitu taksub dengan pemimpin yang seorang ni. Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar semuanya betul. Semuanya diterima bulat-bulat.

Di kaca mata pengikutnya, Anwar dilihat hebat. Ke sana sini berjumpa pemimpin-pemimpin hebat dunia. Cuba menonjolkan seolah-olah dirinya lebih hebat dari PM dan TPM mahupun menteri-menteri kabinet lain. Lebih diterima di luar negara berbanding Pak Lah, Datuk Seri Najib.

Dalam ceramah beliau malam semalam, sekali lagi Anwar memukau penyokong-penyokongnya. Kata Anwar beliau baru sahaja pulang menemui Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva. Kononnya membincangkan nasib penduduk Melayu Islam di selatan Thailand. Betul ke tidak tak tahulah pulak. Beliau juga mendakwa diberikan layanan bertaraf pemimpin. Kerana kesuntukan masa untuk berceramah di Bukit Selambau, beliau meminta untuk diiringi pasukan keselamatan Thailand sehingga ke Hatyai.

Apa agenda dan misi beliau memenui Abhisit tidak penting bagi penyokong-penyokong beliau. Mungkin mereka juga tiidak berminat untuk mengetahuinya. Di hadapan penyokongnya, Anwar boleh cakap apa sahaja. Termasuk lah mengada-adakan cerita, menokok tambah. Yang penting bagi beliau ialah ‘wayang’ beliau menjadi. Tapi yang sedihnya mereka yang mendengar tetap terpukau, terpegun, terpesona seolah-olah fikiran mereka telah tertutup untuk menerima kebenaran. Semua yang keluar dari mulut Anwar adalah benar, berasas dan layak dipercayai.

Perasaan penyokongnya terus dibuai. Kata beliau sehari sebelum bertemu dengan Abhisit, beliau telah dijemput oleh Raja Bahrain, Shaikh Hamad bin Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri Shaikh Khalifa bin Salman Al Khalifa untuk melawat negara itu dan berbincang beberapa isu. Tapi tidak pula dinyatakan apa isu yang dibincangkan.

Bila sahaja mendengar seorang pemimpin dunia Arab mempelawa Anwar melakukan lawatan dan berbincang, sekali lagi penyokongnya terpegun dan terlopong. Mana tidaknya. Ditokok tambah lagi oleh juru acara majlis pada malam itu, kenapa Anwar yang dipelawa oleh Raja Bahrain tidak Pak Lah atau Najib? Satu provokasi untuk menunjukkan bahawa Anwar lebih hebat daripada kedua-dua pemimpin negara kita ini. Lebih diterima oleh pemimpin-pemimpin dunia Arab yang sudah pastinya pada pandangan penyokongnya sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib umat Islam.

Hanya yang kurang bijak sahaja menerima kenyataan ini secara bulat-bulat. Apa pengaruh dan peranan Bahrain di rantau Teluk? Sebuah negara yang kecil dan kaya tetapi pemimpinnya telah dicucuk hidungnya oleh Amerika Syarikat. Bukan sahaja Bahrain malah semua negara Arab kini sudah berada dalam takluk Amerika. Jika dah begitu keadaannya, kita cari lah jawapannya sendiri. Tak payah lah digantungkan harapan kepada pemimpin yang seorang ni…

Di mana kelibat pemimpin dunia Arab bila Yahudi laknat menghancurkan Gaza? Tidak ada siapa yang berani bersuara. Jika Anwar ingin bercakap tentang kepentingan Islam dan nasib umat Islam sejagat, apakah pemimpin-pemimpin seperti ini yang layak untuk diajak duduk berbincang tentang nasib umat Islam hari ini. Sesama sendiri pun mereka berbalah, tak percaya satu sama lain dan bersyak wasangka ini kan pula untuk mendengar suara Anwar yang tidak lebih daripada seorang pembangkang yang bercita-cita untuk memerintah negara ini dengan apa cara sekali pun.

2 Menteri lagi akan letak jawatan??

Dengar khabar dua orang menteri kabinet akan mengikut jejak langkah Dato’ Sharir Samad untuk melepaskan jawatan sebagai menteri hari ini. Penulis baru saja menerima panggilan dari Kuala Lumpur memaklumkan akan perkara ini.

Dato’ Seri Azalina dan Dato’ Seri Rais Yatim khabarnya akan meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet berkuatkuasa hari ini. Jelas, kedua dua menteri ini amat menitikberatkan soal parti daripada kepentingan peribadi. Selepas kedua dua menteri ini kalah di dalam pemilihan UMNO baru baru ini, mereka mengambil suatu tanggungjawab dengan melepaskan jawatan sebagai menteri untuk memberi ruang kepada mereka yang menang sesuai dengan kemahuan Dato’ Seri Najib yang mahukan saf yang padu yang telah di pilih oleh para perwakilan. Apapun, penulis angkat topi kepada mereka berdua sekiranya berita ini benar kerana berani berkorban untuk parti dan negara mengatasi kepentingan peribadi.

Sama sama kita tunggu pengesahan dari Putrajaya.

LUBUK TUPAH DI MAKAN SUMPAH, SEMAKIN HAMPIRI KERING AIRNYA


Mungkin kerana pernah terdengar mengenai video skandal di Lubuk Tupah, rakan-rakan mengajak Tokai untuk ke sana. Petang semalam, selepas bertanyakan beberapa orang, kami menggunakan dua buah kereta menuju ke Lubuk Tupah.

Perjalanannya tidaklah jau, hanya kira-kira 22 km daripada Taman Ria. Setibanya di perkarangan kampus UITM Merbok, kami mula terfikir patutlah Lbuk Tupah menjdi tumpuan. kedudukannya tidak jauh dari kampus UiTM, yang tentunya jika kelapangan mereka akan ke sana. Maklumlah, untuk merayap-rayap di pekan Sungai Petani, ia memerlukan belanja besar apatah lagi jika nak belanja awek makan sekurang-kurangnya KFC. Kalau berkunjug ke Lubuk Tupah, tak perlu beli, air mineral pun boleh dapat percuma, yang penting bawa sahaja bekas.

Mengikut cerita, Lubuk Tupah menjadi popular kerana air yang mengalir bagaikan jeram begitu sejuk sekali. Untuk mandi manda memanglah keinginan ramai orang, bukan sahaja pasangan kekasih malah keluarga. Hari minggu menjadi tumpuan perkelahan keluarga.




Apabila kami sampai, terdapat beberapa orang remaja sedang mandi manda. Airnya semacam berhenti mengalir, lesu dan lemah seolah-olah sudah lama kekontangan. Seorang rakan bertanya kepada sekumpulan remaja tersebut, kerana sebahagian besar darpada kami ingin mandi manda di Lubuk Tupah. Ada yang membawa baju, seluar pendek, tuala dan sementara dua orang lagi singgah di Pekan Laguna untuk membeli pakaian bundle, sebagai pakaian mandi.

Seorang remaja mengatakan di bahagian atas ada juga tempat mandi. Kami masuk semula ke dalam kereta menuju ke bahagian atas. Sepanjang perjalanan kira-kira setengah kilometer, kami bertemu dengan dua tiga pasangan remaja, di sebelah kanan sedang bekemban, sebelah kiri jalan sedang bermesra dalam pakaian kebasahan dan sepasang lagi sedang memimpin pasangannya meniti batu-batu yang kekeringan. Hati-hati dek, nanti jatuh, bisik hati kecil Tokai.

Beberapa meter di depam, Toka ternampak tulisan di atas batu. Tokai ketawa bersendirian apabila tulisan itu seolah memberikan satu amaran keras, Bersedialah Sebelum Dibelasah. Terfikir apa maknanya, tulisan itu terang sekali menggunakan cat merah dan kuning.

Tokai cuba membuat tekaan apa maksud sebenar penulis atau sekumpulan mereka yang membuat amaran itu. Apakah ia ditujukan kepada seorang perempuan, agar bersiap sedia kerana ada kemungkinan akan dibelasah oleh lelaki dalam belukar Lubuk Tupah?

Kedua Tokai terfikir itu adalah amaran supaya setiap pengunjung erhatihati, terutamanya melibatkan pasangan lelaki dan perempuan. Lelaki memang akan mengambil kesempatan di atas kejinakan perempuan yang menurut atau membonceng motosikal pak we yang dikenali atau baru berkenalan, nanti anda akan lencun, maklumlah jiwa muda tentunya bergelora.

Ketiga mungkin jika anda membawa perempuan ke kawasan perkelahan, kemungkinan akan ramai mat skoding. Mat skoding mungkin ikut syeh bila tengah buah hati kekasih anda yang cun, akan membelasah anda untuk membolehkan mereka mendapat bahagian yang sama? Itulah antara teka teki makna tulisan di atas batu itu.

Tetapi yang lebih Tokai khuatirkan, airnya semakin kering. Mungkin beberapa waktu lagi akan hanya tinggal lurah yang terair, bagaikan sudah ke penghujung klimak kehidupan. Perempuan suami akan meninggalkan dirinya kerana menopaus, lelaki takut isteri mudanya mencari kekasih lain kerana suaminya sudah padam.




Begitu juga dengan suasana yang pernah damai dan tenang di Lubuk Tupah. Airnya semakin kering, mungkin kerana di makan sumpah. Atau mungkin benar dakwaan seorang pengunjung, kerajaan tak buat apa-apa? Sampah banyak, air bertakung bagaikan memberi peluang untuk nyamuk membiak. Mungkin suatu hari nanti, Lubuk Tupah menjadi ladang pembiakan nyamuk terbesar negara.
Pembinaan takungan air di bahagian atas menjadi sumber bekalan air kepada sebahagian besar penduduk, tetapi kelestarian alam semula dan keindahan Lubuk Tupah tidak terjaga. Khabaranya sejak Kedah ditadbir oleh PAS, Lubuk Tupah tidak mengalami apa-apa pembaharuan, malah sampah sarap terkumpul banyak di celahan batu. Airnya semakin cetek dan seakan malas mengalir.
Mungkin itu tandanya Tuhan mulai bosan bersahabat dengan para pemimpin yang asyik bertegas untuk memperjuangkan Islam, tetapi tidak mengendahkan keindahan alam. Tidakkan menjaga kelestarian alam itu salah satu prinsip pengurusan Islam. Mungkin kerana terlalu asyik bercadang dan mempromosi hutan simpanan agar ditebang balaknya, maka PAS tidak mampu menguruskan keindahan flora dan fauna, mengekalkan keharmonian antara hidup dan alam semulajadi?
Akan terhentikah alir mengalir di Lubuk Tupah? Akan tanduskah ingatan para pemimpin PAS Kedah tentang keinginan menjaga dan menguruskan kesejahteraan alam semulajadi? Walluaklam, Tokai hanyalah mampu berteka teki dalam hati seorang diri........31/3/2009 menjelang April Fool.