Showing posts with label helah tetap helah. Show all posts
Showing posts with label helah tetap helah. Show all posts

Monday, February 28, 2011

TAK BANGGA JADI MELAYU, BUANGLAH NIK ITU KAN KHUSUSNYA UNTUK MELAYU?

Nampaknya Nik Aziz kemaruk lagi. Kemaruknya dah sampai air naik ke kepala. Mula-mula tak bangga jadi Melayu. Lepas tu, katanya kedudukan orang Melayu wajib dipertahankan kerana orang Melayu majoriti. Tak tup, sekali lagi nampaknya bencikan Melayu malah sanggup jadi orang Asli asalkan Islam.
Setahun lalu perli orang Asli keturunan Jakun sebagai bangsa yang tidak beradab. Lepas tu sebulan lalu baru minta maaf, kerana etnik Jakun telah menyebabkan PAS hilang kerusi di DUN Galas.
Kalu gitu, baiklah NIk Aziz buangkan saja gelaran keturunannya NIK kalaupun tak nak pakai gelaran Datuk. Nik silsilahnya ada hubungan dengan raja=raja Melayu. Ia adalah keturunan Melayu. Kalau tak bangga jadi Melayu, jangan pakai pangkar Datuk kerana hanya raja=raja Melayu sahaja yang mengurniakan gelaran tersebut. Jauhkan apa saja ikon yang bersifat Melayu, wahai Tok Guru yang semakin kemaruk kuasa.
Barangkali Tok Guru lupa, kalau bukan kerana orang Melayu maka tidaklah ada peluang Tok Guru nak bergelar yang berhormat. Tengok sahaja berapa ramaikah pengundi Melayu dalam kawasan Tok Guru. Kalau dah tak bangga dengan orang Melayu, maka pergilah Tok Guru cari tempat bertanding dalam kawasan lebih 80 peratus bukan Melayu. Kali tu barulah Tok Guru akan sedar betapa besarnya pengorbanan orang Melayu bagi membolehkan Tok Guru jadi wakil rakyat.
Tok Guru juga mempunyai imej Melayu. Dalam masyarakat Melayu Tok Guru adalah segala-segalanya kerana dianggap orang yang berilmu. Kalau Tok Guru bukan orang Melayu, tentunya penghormatan yang tinggi tidak akan Tok Guru peroleh. Kalau tak sedar lagi betapa bangganya jadi Melayu, eloklah Tok Guru tukar sahaja nama jadi Ah Chik anak lelaki Eh Weng atau apa sahaja nama bukan berbau Melayu. Nak pakai nama Arab pun pakailah, orang dah tak heran kerana Tok Guru bagaikan kacang lupakan kulit.
Politik murahan Tok Guru telah lama orang sedar, cuma Tok Guru sahaja belum pulih dalam koma.

Saturday, May 2, 2009

TEORI KELAM KABUT BERGEMA LAGI

Chaos theory atau teori kelam kabut yang asalnya digunakan untuk bidang kaji iklim, kini semakin giat digunakan oleh PKR dalam memprojekkan imej parti tersebut. Berdasarkan analisis Muthurasan yang menulis buku Strategi Kemenangan Anwar, teori tersebut telah berjaya memberikan kemenangan kepada DSAI sehingga dianggap sebagai "Perdana Menteri Dalam Penantian."

Kali ini DSAI cuba memindahkan imejnya yang tercalar atas kegagalan "menjadi Perdana Menteri" dengan mencipta gelombang baru untuk Penanti. Beliau seolah-olah memaksa Fairus meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan seterusnya mengosongkan kerusi DUN bagi membolehkan godfathernya membuat percaturan politik terbaru. Walaupun Fairus bebas daripada tuduhan rasuah, beliau tetap tidak mahu dipanggil wakil rakyat lagi. Mungkin Fairus termakan hati apabila selepas kempen PRK Permatang Pauh bulan Ogos 2008, DSAI telah memberikan kata dua kepada beliau.

PAS yang sedang menghadapi gelora dari dalam, turut terasa kesan gelombang sokongan terhadap DSAI apabila kumpulan erdogan mula mencabar kepimpinan ulamak. Berdasarkan rentak tulisan Nik Abduh, ternyata ada kumpulan yang cuba melaga-lagakan antara Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi. Lagaan itu tentunya daripada mereka yang mempunyai hubungan sejarah dengan DSAI.

Kumpulan ini merupakan golongan profesional dan mempunyai kemampuan kewangan. Ia juga dikaitkan dengan penguasaan akhbar (Wasilah dan Harakah) dan penulis-penulis blog (penarik beca, kickdelfella, tranung kite dan sebagainya). Mereka menggunakan saluran ini untuk mempamerkan perjuangan mereka sehingga mengetepikan mandat dan idelalisme pemimpin PAS yang lain termasuk TOk Guru dan Tuan Guru.

Jika benar apa yang dipaparkan oleh lidah pengarang Minggguan Malaysia pagi ini, ternyatalah bahawa kumpulan erdogan yang menentang "kerajaan campuran" merupakan mereka yang benar-benar bersengkongkol dengan DSAI. Mereka ingin mencari pengaruh dan mendapat ruang di atas kebangkitan DSAI yang sedang gigih berusaha untuk melangkah ke Putrajaya walaupun telah gagal beberapa kali.

Dengan setiap ketika mencipta momentum pilihan raya, DSAI mungkin beranggapan kegigihannya itu akan dilihat sebagai satu perjuangan. Tetapi, sampai bila masyarakat boleh menerimanya, kerana sudah terlalu panjang kempen pilihan raya di adakan walaupun kepimpinan negara sudah semakin stabil dan mendapat sokongan umum. Rakyat sekarang sedang berhempas pulas untuk mencari kaedah bagi mengurangkan kesan kelembapan ekonomi sudah tidak mampu lagi menaruh harapan kepada pemimpin yang suka mencipta kelam kabut.

Mungkin juga DSAI sengaja mencipta perangkap agar BN akan bertanding di DUN Penanti, walaupun PKR meletakkan calon yang tiga kali tewas dan tidak pernah menang dalam pilihan raya, kedegilan Pemuda PAS Permatang Pauh untuk meletakkan calon walaupun tidak dipersetujui oleh PAS Pusat dan pengumuman Ketua Wanita PKR untuk menawarkan diri sebagai calon Bebas, tetap menarik.

BN dianggap takut jika tidak meletakkan calon dan bakal kecundang jika ikut bertanding kerana DUN Penanti merupakan kubu PKR. Walaupun pada asasnya ia merupakan kubu PAS, tetapi keadaannya berubah apabila PAS menerima DSAI sebagai sekutu kuatnya. Yang mungkin boleh mengecutkan perut DSAI ialah apabila PAS tetap membuat keputusan untuk "meneruskan kerajaan campuran dengan BN" demi kekuatan Melayu_Islam. PKR dilihat tidak banyak membela dan mempertahankan Melayu_Islam, sebaliknya berhasrat meliberalkan semua berasaskan prinsip kesamarataan.

PKR yang mendokong sosialisme, tentunya akan membuat perubahan radikal jika memerintah. SEbagaimana sifat sosialisme, proses memiliknegarakan semua bentuk industri dan infrastruktur awam, corak kempimpinan lebih autokratik, tidak memberikan ruang kepada kapitalis (pemodal) akan menghadapi masalah. Ekonomi negara tidak akan menerima pelaburan langsung yang besar, sistem kewangan terkawal ketat dan sebagainya.

Tokai sememangnya tidak setuju apabila DSAI pernah mengatakan perjuangan beliau ialah sosialisme Islam. Tidak ada istilah itu dalam Islam. Islam bukan sosialis, Islam adalah cara hidup yang sempurna dan tidak perlu meminjam atau menambahmasuk ideologi ciptaan Karl Marx itu yang mengetepikan kedudukan Tuhan.